Makan Daging Wagyu Sampai Kenyang di Wanomiya G Tower
Assalamualaikum.
Biasa kite tengok drama Korea makan style camni. Eh rezeki terpijak pulak dapat merasa. Excited bukan main tau sebab lama sangat teringin makan macam ni. Acah Korea la walaupun tak pandai makan guna chopstick 😂
Age Dashi Tofu dan Wagyu Skewer
Kat Wanomiya G Tower ni ada makanan style buffet. Korang makan lah sampai tersandar kenyang selama 120 minit @ 2 jam. Harga ikut kategori dan ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Bukan setakat ada Wagyu tau. Seafood pun ada.
Meat & Vegetable Platter Set yang termasuk dalam pakej buffet.
Chef Special Made Chicken Original and Spicy.
3 jenis Wagyu
Wagyu Suji Salad dan Squid Karage
Focus betul bila bab makan. Tak tengok kiri kanan dah 😆
Wagyu Don ni sesuai untuk budak budak. Nasi lauk telur, wagyu dan cendawan. Fayyra tak habis makan, ibu dia lah yang tukang habiskan 😜 macam mana la ibu dia tak gemuk kalau keje nak kena habiskan makanan anak anak je.
Ahhh seronok tau dapat makan Wagyu. Permulaan yang baik untuk tahun 2023 ni. Alhamdulillah sangat sangat! Tumpang rezeki anak orang kata 😍
Last but not least, California Maki. Dalamnya ada crabstick dengan sayur.
Semuanya sedap sedap lah. Memang berbaloi dengan harga serendah RM198. Sebab apa berbaloi? Makan sampai kenyang dan boleh mintak refill anytime selagi masih dalam tempoh 120 minit. Confirm puas hati!
Enviroment kat Wanomiya G Tower ni memang santai dan tenang. Boleh bawak makan dengan family but make sure anak tu behave lah. Budak kecik ni payah sikit nak handle kalau tak kena gaya dia. Tapi so far alhamdulillah, everything goes well.
Makanan ⭐⭐⭐⭐⭐
Service ⭐⭐⭐⭐⭐
Environment ⭐⭐⭐⭐⭐
Price ⭐⭐⭐⭐
Lokasi: Level 28, G Tower, 199 Jalan Kampar, Kuala Lumpur, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No tel: 016-287 1919
Facebook: Wanomiya - All You Can Eat
2 comments
pergghh namoak sedap je.. Wagyu tu mmg berbaloi dpt makan dgn harge tu.. tempat pun cantik.. boleh cuba la nnt
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menjamu selera