Restoran Bandariya Ayam Kampung Port Makan kat KL

by - August 30, 2022

Assalamualaikum

Sejak sejak dah boleh bebas berjalan dengan beberapa SOP yang dah tak ketat ni, bukan main rancak lagi food hunting dengan geng sekepala. Kali ni kite food hunting kat Kuala Lumpur, jauh sikit lah dengan kawasan tempat tinggal. Katanya hidangan kat situ sedap dengan cara tersendiri.

Fatin dan anak anak pegi makan kat Restoran Bandariya. Restoran ni main dish dia ayam kampung. Katanya pulak kedai makan ni dah beroperasi sampai 20 tahun. Memang legend betul lah. Tak sabar betul nak tengok jenis lauk pauk yang ada kat dalam.

Lepas kenyang perut makan kat Restoran Bandariya


Antara lauk pauk yang ada kat Restoran Bandariya.

  • Ayam Kampung Sambal Hijau
  • Ayam Kampung Goreng
  • Ayam Kampung Berempah
  • Sambal Petai
  • Gulai Ikan Tenggiri
  • Gulai Daging Kawah
  • Sotong Masak Manis

Korang boleh pilih lauk pauk atau minta waiter hidang semua jenis lauk macam ni. Kalau nak disajikan dengan hidangan macam ni, kena datang masa perut tu betul betul kosong lah. Sebab memang banyak sangat lauk yang ada.

Food hunting dengan makteh dan anak-anak

Sampai kembung pipi makan kat sini. Fatin makan nasi dengan lauk Ayam Kampung Sambal Hijau dengan Teluk Itik Masak Lemak. Ya Allah, memang sedap sangat! Sambal hijau tu surprisingly tak pedas pun. Budak budak pun boleh makan. Tapi yang telur itik masak lemak tu agak pedas, dah namanya masak lemak, kan.

Fayyra ni pulak kalau pegi kedai makan mana mana mesti mintak air sirap atau air pink. Mujurlah ada air signature dari Restoran Bandariya ni; air Soda Gembira. Combination sirap bandung dengan air soda. Memang sedap, soda tu tak kuat mana so sesuai untuk budak budak jugak.

Fatin pulak cuba air signature yang lain; Melon Mania. Terasa manis melon, dapat pulak kunyah nata de coco. Kenyal kenyal gitu, sedap! Dan tak terlalu manis. Boleh kongsi 2 orang jugak lah segelas ni sebab rasa macam banyak betul portion.

Nak cerita tentang harga pulak. Mesti korang risau mahal sebab kawasan restoran ni betul betul kat kawasan Kuala Lumpur. Tapi jangan risau, harga sangat berpatutan dengan portion yang disajikan. Untuk yang nak order online pun boleh sebab mereka sediakan servis delivery. Nak pakai servis delivery Lalamove pun boleh, so yang luar kawasan KL pun boleh menikmati makanan dari Restoran Bandariya. Cas delivery mengikut rate Lalamove.


Untuk delivery:

Lokasi:
No. 8, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waze:

Waktu beroperasi:
Isnin - Sabtu (11am - 3.30pm)


You May Also Like

1 comments