Piza Ssamjeang kembali atas permintaan ramai untuk menambat hati dan selera pelanggan sempena Ulang Tahun Ke-25 Domino’s

by - July 18, 2022

Piza Ssamjeang kembali atas permintaan ramai untuk menambat hati dan selera pelanggan sempena Ulang Tahun Ke-25 Domino’s 
Piza Ssamjeang inspirasi Korea kembali dengan tiga perisa pedas dan menyelerakan selepas dua tahun 

Sejak Gelombang Korea' atau 'Hallyu' melanda negara ini, rata-rata rakyat Malaysia semakin tertarik dan kagum dengan segala yang berasal dari Korea. Daripada K-Pop dan K-Drama kepada pelbagai hidangan ala Korea, fenomena budaya yang menggegar negara ini telah mendorong rakyat Malaysia untuk meneroka dan menikmati makanan pedas berempah Korea, memandangkan orang kita terkenal sebagai penggemar makanan. 

Sempena dengan perayaan ulang tahun Domino’s yang ke-25 dan sejajar dengan cogan kata jenamanya “It’s All About You” (Segalanya Mengenai Anda), Piza Ssamjeang yang digemari dan memang dinanti-nantikan ramai akhirnya kembali selepas dua tahun. Tawaran Piza Ssamjeang untuk tempoh terhad ini menjanjikan sesuatu yang serba baharu dan lebih baik lagi. Rangkaian piza ini bukan sahaja menambat selera tetapi juga memberikan kepuasan tidak terhingga setiap kali makan, menjadikan sesiapa yang sanggup menahan pedas teringin untuk memesan lagi. 



Semasa berucap di majlis pelancaran, Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif di Domino's Pizza Malaysia berkata, “Tahun ini sesungguhnya istimewa bagi kami di Domino’s Pizza Malaysia.  Kami meraikan tahun  ke-25 memenuhi keperluan pelanggan dan mengutamakan mereka dalam segala yang kami lakukan. Kami telah melaksanakan banyak perubahan selama ini, dan sentiasa mendahulukan pelanggan. Kami berpegang kepada prinsip kami “Its All About You” (Segalanya Mengenai Anda) yang telah diterapkan dalam semua usaha kami – daripada membina laman web yang responsif dan sistem pesanan yang mudah klik kepada mencipta sos unik, dan juga mengubah menu di samping mengguna pakai teknologi kreatif di Domino’s”.

Tiga piza Ssamjeang terkenal Domino’s yang pedas lagi lazat dan ditambah baik terdiri daripada Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza, Ssamjeang Chicken Pizza dan Ssamjeang Tuna Pizza. Rangkaian piza tersebut telah dilancarkan oleh Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino's Pizza Malaysia dan Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Malaysia, Singapura & Kemboja di cawangan Domino’s di Pusat Beli-Belah Hartamas yang dihiasi sesuai dengan tema ‘panas dan pedas’. 

Pilihan piza yang ditawarkan akan membolehkan rakyat Malaysia menjamu selera mereka dengan kelazatan makanan pedas berempah ala Korea, tetapi kepedasan yang dirasai bukan setakat pada piza sahaja – ia kini boleh dinikmati bersama sajian sampingan Ayam-Haseyo yang turut menggunakan sos Ssamjeang yang pedas berapi tetapi sungguh menyelerakan. 


Di acara media tersebut, Linda Hassan berkata, “Domino’s telah membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan yang unik dan kreatif dalam kempen Ssamjeang tahun ini. Bagi menzahirkan konsep ini, kami telah menggunakan tema "There’s Ssam Heat You Just Can’t Beat” (Kepedasan Ssam yang Sukar Ditandingi) dan “Dae-Back by Hot Demand” (Kembali Atas Permintaan Hangat) yang memberi tumpuan membawakan pengalaman Ssamjeang serba baharu dan lebih baik lagi.  Dengan kembalinya Ssamjeang buat kali ketiga, kami terus mengubah suai cita rasa produk kami. Kami telah menambah baik perisa Beef Bulgogi Ssamjeang Pizza yang paling popular, dan telah mengambil masa 6 bulan untuk memastikan dagingnya lembut, lebih empuk dan sangat lazat untuk memperbaiki cita rasa Ssamjeang. Ujian berulang kali telah dilaksanakan dari dapur satelit kami bersama pasukan pemasaran, audit kualiti, operasi, latihan dan pemerolehan sebelum disempurnakan, untuk memastikan produk dapat dibekalkan tepat pada masanya sebelum pelancaran. Saya ingin menekankan bahawa saya sangat puas hati dengan hasil yang dicapai. 

Beliau menyambung sambil menyatakan bahawa Domino’s benar-benar memahami beban yang ditanggung rakyat dengan kenaikan harga makanan yang menimbulkan cabaran besar. “Domino’s sentiasa menawarkan penjimatan luar biasa dan tawaran bernilai hebat untuk semua. Kami mahu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk mengetahui bahawa Domino’s akan sentiasa membekalkan dan menghidangkan piza 5 bintang dan terus menawarkan Domino’s Everyday Value (Tawaran Bernilai Setiap Hari).”

Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza yang menjadi kegemaran ramai telah menambat hati dan selera ramai sejak diperkenalkan. Sebagai pilihan paling pedas, piza ini pasti membuatkan anda ketagihkan sos Ssamjeang yang pedas berapi, sesuai dengan selera rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas. Setiap piza dipenuhi degan inti hirisan daging tebal dan lazat yang diperap dalam sos bulgogi dan dimasak sempurna di atas sapuan sos Ssamjeang yang pedas menyengat.

Ssamjeang Chicken Pizza dan Ssamjeang Tuna Pizza yang sedikit kurang pedas disaluti sos bawang berkrim dan digandingkan sempurna dengan sos Ssamjeang pedas, untuk memenuhi selera berbeza rakyat Malaysia. 

Jika anda mengidamkan ayam pedas, hidangan kepak Ayam-Haseyo Domino’s pasti menggembirakan anda. Kepak ayam yang lembut lagi sedap ini dimasak sempurna, dan disaluti dengan sos Ssamjeang pasti akan menambat selera anda. Penggemar ayam pedas pasti akan memesan berulang kali – semestinya sajian sampingan terbaik untuk digandingkan dengan promosi hangat Ssamjeang Pizza.

Domino’s Pizza akan melancarkan “The Ssamjeang Heat Challenge” (Cabaran Hangat Ssamjeang), iaitu kempen yang bermula di cawangan-cawangan utama terpilih di Lembah Klang sebelum dibawa ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Maklumat lanjut tentang cabaran ini akan dipaparkan di platform media sosial Domino’s. 

Piza Ssamjeang dan Ayam-Haseyo kini boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara. Nikmati penjimatan tambahan dengan tawaran Domino's Everyday Value Buy 1 Free 2 (Beli 1 Percuma 2) dengan penghantaran PERCUMA atau dibawa pulang pada harga RM5 untuk Piza Peribadi, harga termurah di pasaran atau nikmati potongan 50% bagi semua piza sepanjang tahun! Untuk membeli, kunjungi mana-mana cawangan Domino’s Pizza atau pesan di dalam talian di https://www.dominos.com.my/

You May Also Like

0 comments