Bawak Anak Anak Main di Wai Wai Park, Metro Prima Kepong

by - May 10, 2022

Assalamualaikum


Hujung minggu layan anak anak bawak keluar jalan jalan. Kesian asyik terperap kat rumah. Tapi jalan dekat dekat jela, malas pergi One Utama dah 😂 kali ni pegi Kepong je, dekat sikit. Nasib situ ada playground. Nak bagi main arcade, bukan reti sangat budak budak ni.

Indoor Playground dalam AEON ni bayar ikut jam. And macam biasa la kena pakai stoking. Kalau tak bawak, beli situ la. Untung niaga 🙈. Harga per entry RM8 weekday, RM10 weekend per hour. Tapi kat iklan kata all day, taktau lah kan. Confirm dulu dengan staff kalau korang rasa naj bawak anak anak main kat situ.

Masuk masuk je dalam tu, terus terkam semua mainan budak budak ni. Semangat betul.


Adik main sorang jela ibu teman. Ghisau budak ni jatuh ke apa sebab bukan jenis reti jalan relax. Dia jenis pecut terus lari je 😂



Fayyra ni pulak memang jenis mudah bergaul dengan orang. Mesra betul, tak takut dengan orang. Suka sangat dia main dengan kakak tu.




Pesanan untuk mak ayah yang bawak anak main taman, sila sila la pantau anak anda ya. Sebab kejadian depan mata walaupun bukan anak sendiri yang kena, geram weh tengok.

Adik beradik lelaki trio, duk baling baling bola kat anak Cina yang Fayyra berkawan tu. Fatin perhati je dari awal, lama lama makin melampau pulak sebab diorang yang follow budak tu pastu macam cari pasal. Fatin "OI" kan budak budak tu, terus keras kejung tak bergerak. Mentang mak diorang takde pantau, tunjuk belang la. Masa mak diorang ada, kemain behave. Lepas pada tu takde nak kacau dah.

Benda macam ni pun ada je viral dulu kat TikTok, so ambik ikhtibar la.

So playground indoor mana yang best pada korang? Cuba suggest. Mana tau ada masa nanti nak bawak anak anak main tempat lain pulak. Thanks!

You May Also Like

0 comments