Buat Rawatan Kulit dan Scalp Eczema treatment di Renora Clinic dengan Doctor Yang Berlesen

by - March 17, 2022

Assalamualaikum semua!

Saje la nak share dengan korang pengalaman Fatin buat rawatan kat Renora Clinic. Ye awak, klinik estetik. Bukan spa ye. Mula mula tu Fatin fikir spa sebab ada facial, rupanya aesthetic clinic. Bukan setakat ada servis rawatan kulit muka je tau, tapi siap ada rawatan laser, rawatan kulit kepala dan juga untuk slimming. Kalau spa tu untuk santai santai boleh la, tapi kat aesthetic clinic ni lebih fokus pada merawat masalah kulit. Ada beza ya medispa dengan klinik estetik.


Renora Clinic merupakan klinik estetik pertama yang beroperasi di Bandar Seri Permaisuri Cheras dan masih baru. Renora Clinic dimiliki oleh Dr Ruhil merangkap Dr yang merawat client di klinik ni jugak. Dr Ruhil bukan calang calang punya doctor tau sebab Dr Ruhil adalah doctor perubatan estetik bertauliah dan mendapat sijil Estetik Perubatan oleh Kementetian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, Dr Ruhil memperoleh Pascasiswazah dalam Dermatologi oleh Akademi Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (AFPM)

Kalau nak buat rawatan, better korang contact dulu staff Renora Clinic. Senang mereka nak adjust waktu yang sesuai untuk korang datang. Masa hari appointment tu nanti staff Renora akan remind korang semula.

Fatin tak familiar dengan kawasan Bandar Seri Permaisuri Cheras ni sebab jarang keluar. Nasib baik lah naik Grab je, mudah sikit nak jumpa Renora Clinic. And kalau korang nak tau, ramai orang yang bukan dari kawasan situ macam dari Bangi, Shah Alam, Klang yang datang buat rawatan, maybe mereka yang tinggal berdekatan taktau. Mana tau lepas baca blog ni boleh lah try usha usha kan. Lagipun tempat ni kira tengah tengah, so ramai yang dari pelbagai tempat yang datang.

Lepas daftar, kena scan muka pulak untuk tau apa masalah kulit muka ni. Fatin memang tau kulit muka ni ada masalah kulit kusam dan kering. Cuma taktau cara nak rawat tu. Beautician explain lepas analisis muka. Katanya kulit kusam, ada part yang kering teruk. Kena rajin apply moisturizer and sunscreen walaupun kita tak keluar rumah ya.

Settle bab analisis muka, kite jumpa Dr Ruhil pulak. Mula la sesi sharing ilmu tentang kulit muka ni. Fatin concern part muka ni ada macam biji biji. Dr kata Namanya milia. Milia ni bila kita tak buat skincare routin elok elok, akan timbul la milia ni. Ianya kantung minyak. Cara nak buang kena buat laser tapi Fatin takut masa tu, risau sakit 😆 maybe next time bila dah ada keberanian.

Lepas tu Fatin mintak dr check kulit kepala dan dr bagitau Fatin ada masalah scalp eczema. Scalp Eczema ni kulit kepala sensitif yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Dan dr bagi ubat untuk merawat masalah kulit kepala ini. Kat Renora ada rawatan untuk rambut gugur iaitu Injection hair growth factor pada kulit kepala. Tapi Fatin kena selesaikan masalah scalp eczema ini dulu sebelum buat rawatan hair growth factor kalau tak rawat masalah kulit kepala, injection hair growth ni pun takbole membantu masalah rambut gugur Fatin.

Luas ye dalam bilik rawatan ni. Bersih dan rapi tersusun semua barang. Tak sabar nak bersihkan muka dengan cara betul ni.

Mula mula beautician tolong cuci muka kita. Walaupun sebelum keluar rumah tu kite dah cuci, still kena buat lagi ye. Bukan kite nampak debu debu kat luar. Kemudian, langkah seterusnya buat radiofrequency. Radiorequency ni fokus untuk lifting dan tegangkan kulit. Maklum lah, kite dah hampir dalam fasa 30-an.
Lepas settle part menegangkan kulit, beautician buat facial massage pulak. Bukan badan je kena massage, muka pun kena massage tau. Ini untuk blood circulation, sangat sesuai untuk kulit kusam dan relaxing kalau stress. Memang rasa relax sangat masa massage ni, best!

Habis massage, next step buat extraction menggunakan mesin untuk exfoliate kulit mati dan smoothen skin. Masa beautician buat ni, rasa puas bila kite tau segala jenis kulit mati tu bakal tanggal dari kulit. Rasa sangat sangat bersih!

Yang ni part favourite Fatin sebab rasa sejuk sangat. Ini lah Snow Facial Namanya, padan lah sejuk macam snow. Snow facial ni untuk glowing dan soothing skin. Sangat sesuai untuk orang yang kulit kering macam Fatin. Dan, sesuai juga untuk mereka yang ada kulit eczema.

Next step kite ber-clay mask pulak. Ini untuk bersihkan pori pori yang tersumbat kat kulit muka, dan buang sel kulit mati. Secara tak langsung berikan kesan mencerahkan kulit.

Last step beautician sapukan moisturizer dan sunscreen kat kulit supaya kulit kekal lembap dan tak kering. Fatin belajar benda baru dari beautician tau. Katanya sunscreen ni boleh sapu  kat bibir jugak, takde masalah. Sebab bukan muka kite je perlukan perlindungan dari cahaya matahari. Bibir kite pun kena lindung jugak.

Lepas settle treatment, dr bagi produk untuk bantu merawat masalah scalp eczema. Stress tau rambut gugur, kepala rasa gatal gatal. Baru sekarang nak rawat sebab tak tahan sangat dah. Ketazon Shampoo tu kena pakai betul betul kena kulit kepala. Dan Hair Dr. tu kena sapu kat kulit kepala jugak lepas 2 minggu guna shampoo yang dr bagi ni.
Dan tak lupa juga Renora Sunscreen yang kite kena apply setiap 3 ke 4 jam ye. Buat macam pakai losyen tu lah, asal rasa kering je apply. Best sebab tak melekit!

Thank you so much Dr sebab kongsi ilmu tentang penjagaan kulit dan explain tentang klinik estetik. Korang kalau nak buat rawatan, Fatin suggest buat kat Renora Clinic je lah. Tak kisah la jauh ke apa, janji puas hati dengan servis dan layanan mereka. Jangan main redah pegi buat facial kat tempat yang Dr tanpa lesen. Kalau korang nak tau, kat Malaysia ni cuma 300 orang doctor je yang berlesen untuk bukak klinik dan untuk rawatan laser. Boleh tengok list dr yang ada lesen [DI SINI]
Korang yang ada Tiktok tu boleh la search Dr Ruhil sebab Dr banyak sharing ilmu dalam tu. Femes tau Dr Ruhil kat TikTok.

Lepas siap facial, rasa fresh and bersih sangat kulit muka. Puas hati sangat sangat!
Sekarang Renora Clinic tengah buat banyak promosi untuk Raya tau. Baik book slot [KAT SINI] cepat sebab rawat awal awal ni sempat la nak lawa masa Raya nanti. Raya ke tak, belakang kira. Janji kulit sihat dan cantik!

Alamat: R-UG-17, Kompleks Permaisuri Q, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin dari pukul 10 pagi hingga 7 petang. Selasa cuti.
Contact: 01160988315

You May Also Like

0 comments