5 Sebab Bisnes Berkembang Tapi Kecundang

by - February 12, 2022

Assalamualaikum


Setiap perniagaan mempunyai potensi untuk lebih berjaya tetapi ada masa bisnes akan gagal jika kita gagal merancang. Terdapat beberapa sebab kenapa bisnes berkembang tapi kecundang wajib Anda tahu. Jangan tersalah langkah. 



1. Tidak Mempunyai Ilmu

Ini adalah perkara penting supaya anda tidak mengulangi kesilapan sebagai seorang usahawan yang tidak mempunyai ilmu. Benar, kesilapan peniaga adalah tidak mempunyai ilmu yang betul dan cukup.

Banyak peniaga di luar sana menganggap ilmu tidak penting dan mereka hanya lakukan apa sahaja yang mereka inginkan, sebaliknya jika mempunyai ilmu yang betul, bisnes lebih produktif dan menghasilkan pemasaran yang efektif. Maka hasilnya juga sangat-sangat menguntungkan. 

2. Tiada Strategi Pemasaran Tepat

Umum tahu bahawa pemasaran adalah nadi perniagaan yang wajib kita lakukan apabila berniaga. Tanpa pemasaran, perniagaan tidak akan berkembang. Apabila perniagaan berkembang dengan pemasaran yang tidak tepat, akhirnya akan menyebabkan perniagaan kecundang. 

Penting untuk tahu apakah strategi pemasaran yang terbaik untuk sesebuah perniagaan.

Imej via [Berita Harian]

3. Terasa Terlebih Pandai Dan Sombong 

Ada peniaga yang mempunyai ego tersendiri dimana mereka rasa apa yang mereka lakukan adalah betul. Sikap tersebut menyebabkan peniaga yakin dan merasa sudah pandai, akhirnya sombong tidak mahu belajar ilmu baru di luar sana.

Apabila tidak upgrade ilmu, mereka hanya menggunakan cara yang sama, maka hasil yang mereka terima juga adalah hasil yang sama.


4. Tidak Konsisten Dan Persisten

Sikap seperti hangat-hangat tahi ayam akan memakan diri sekiranya mereka tidak konsisten dan persisten dalam melakukan sesuatu.  Ia seperti hari ini buat, esok tak buat lagi. Akhirnya bisnes akan mempunyai situasi yang sama sahaja seperti sebelumnya, itulah sebab bisnes susah untuk berkembang dan akhirnya kecundang.


5.  Tidak Tahu Buat Keputusan Dan Selesaikan Masalah

Perniagaan melibatkan isu semasa seperti kenaikan harga barang, inflasi dan lain-lain lagi.  Sekiranya tidak mempunyai pelan yang lain, akhirnya bisnes tidak bergerak dengan baik. 

Pada mulanya, bisnes mungkin berkembang tetapi akhirnya masih lagi kecundang kerana usahawan tidak dapat menyelesaikan masalah.


Dikongsikan Oleh Datuk Wira Azizan Osman

Sebab bisnes berkembang tetapi kecundang ini boleh dikaitkan dengan kisah yang dikongsikan oleh pengasas RichWorks International Sdn Bhd, Datuk Wira Dr Azizan Osman ini.

Jom lihat perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman dan situasi yang berkait rapat dengan masalah usahawan.


1. Kenaikan Harga Barang Dan Sentimen Pasaran

“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.” - Datuk Wira



2. Tidak Pandai Soal Pemasaran

“Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.” - Datuk Wira


3. Tidak Agresif dan Bersungguh-sungguh, Momentum Akan Jatuh 


“Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.” - Datuk Wira


Sertai Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman (Vc Telegram)
Ini adalah masa terbaik untuk kita berusaha bersungguh-sungguh sebagai usahawan, buang sikap malas para usahawan. Jika malas atau tangguh-tangguh,  anda akan tertinggal di belakang.  Pesaing akan lebih ke hadapan dan lebih berjaya.

10 perspektif cabaran bisnes sebelum pandemik dan 2022 akan dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam program Live Session Telegram Voice Chat pada hari Ahad, 8 pagi. 

Jom cepat-cepat, ambil tempat di sini:  Telegram Azizan Osman official




You May Also Like

0 comments