Tips Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet
Assalamualaikum
Dalam kehidupan seharian kita, mustahil lah kita takkan guna gajet. Betul tak? Budak budak zaman sekarang pun lagi lah terdedah dengan gajet dari kecil lagi. Tak dinafikan FD pun bagi anak main telefon. Budak budak sekolah pulak sekarang ni belajar guna gajet sejak PKP kan. Sebab tu lah FD kata kite ni takboleh lari dari mengadap gajet.
Memang banyak ilmu yang FD dapat masa join talk dari Dr Mohd Hafidz ni. Dr sendiri bagi statement yang statik penggunaan gajet ni hampir 100% dikalangan kita. Penggunaan ketika hujung minggu pula lebih 3 jam sehari adalah 62.1%.
Antara kesan kesan penggunaan gajet:
1. Peningkatan power spek mataPada orang lain mungkin benda ni perkara biasa tapi tau tak korang yang dengan peningkatan power ni kalau tak dijaga, ianya akan menyebabkan saraf belakang mata terkoyak dan akan buatkan mata menjadi buta.
2. Otot fokus mata yang tak stabil
Mata kita macam camera DSLR, kalau nak tengok betul betul, kita akan fokus. Mesti pernah buat macam tu kan? Bila otot fokus tak stabil, mata kita akan jadi susah nak nampak dengan jelas.
3. Mata cepat letih
Bila mata penat dan kering, kita akan potensi untuk gosok mata dan ianya boleh menyebabkan luka dan kerosakkan mata. Mata mempunyai satu proses yang akan mengeluarkan cecair bagi mata lebih sihat tetapi dengan penggunaan gadjet tidak terkawal ianya tidak dapat berfungsi dengan baik.
4. Juling pada usia muda
Bila mata kering dan penat malah auto fokus mata tidak stabil, antara kesan lain adalah menyebabkan mata kita juling. Ianya memberi risiko pada kanak-kanak kerana cenderung mendapat juling adalah tinggi.
5. Susah nak tidur (insonmnia)
Penggunaan gadjet pada waktu malam juga akan menganggu penghasilan hormon susah nak tidur. Kalau korang perasan, anak-anak bila dah tengok gadjet sanggup tahan mengantuk kan. Ini yang akan menggangu sistem dalam badan kita kerana tidak cukup rehat.
Tips Jaga Mata Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet
Limitkan penggunaan gajet dan ajak anak buat perkara lain untuk alih perhatian mereka. Contoh ajak bermain dengan adik adik. Atau lihat pemandangan di luar, tunjuk alam sekitar atau apa apa sahaja.
Boleh ajak anak keluar bermain basikal atau ronda ronda pusing kawasan rumah. Boleh dia lupakan sekejap dengan gajet.
3. Kanta khas untuk penggunaan gajet
Memang kena ada satu untuk setiap orang sebab ini akan mengurangkan risiko sakit mata.
4. Penggunaan kanta penapis berwarna biru
3. Kanta khas untuk penggunaan gajet
Memang kena ada satu untuk setiap orang sebab ini akan mengurangkan risiko sakit mata.
Selain kanta khas untuk penggunaan gajet, kena jugak ada yang jenis tapis blueray ni tau. Nanti pedih mata anak duk melayan telefon.
5. Beri ganjaran pada anak (tak semestinya duit)
Kita sebagai ibu bapa jangan biasakan diri bagi ganjaran duit, nanti teruk jadinya. Kena cuba pelbagaikan cara ganjaran macam ajak makan makanan kegemaran mereka, atau hadiahkan benda yang mereka suka.
Banyak kan yang kita belajar penjagaan mata dan efek gajet pada mata anak. Takbole ambik endah tentang mata. Mata ni nak pakai lama. Kena jaga dari awal usia sebolehnya. Jangan dah melarat baru nak menyesal.
Ada berita baik untuk mereka yang nak periksa anak anak sebab OPTOM Eyecare ada buat perkhidmatan Kiddos Eyecare. Dr Mohd Hafidz Ithnin juga akan berada di sana pada 11/12/2021. Masa tu lah boleh tau kalau kalau mata anak kita ni ada masalah atau tidak.
OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Website : https://optom.com.my/
Instagram : Optom Eyecare
Facebook : Optom Eyecare
Whatsapp : wasap.my/601111479093
0 comments