Terliur sangat dengan Chezzo, hambekk!

by - November 15, 2021

Assalamualaikum

FD ni memang hantu dengan corndough. Pantang nampak mana mana tempat yang jual, mesti rasa nak beli dan cuba. Taktau nak bagi feedback kat kedai tu macam mana untuk improve service dia. Tapi tak salah share pengalaman kat sini kan?

Sebab dah lama sangat usha Chezzo kat FoodPanda, kite pun order lah. Harapan tinggi melangit ye sebab tengok gambar semua mengiurkan.

FD order Max Pota Long Fries Potato dengan Corndough 2 batang.


Kite jadi selemau fries tu sebab tengok tak crunchy. Memang frust tapi takpe lah, nasib baik sedap. Sos keju tak kedekut. Memang sedap! Panjang betul fries tapi tak lah kite boleh pegang panjang panjang tu. Akan putus sebab terlalu lembik dek kerana sos tu semua.


Corndough pulak kecewa part cheese dia sebab pada FD, cheese dia macam tak masak sebab KERAS KEJUNG weh cheese dia. Masih dalam bentuk petak. Dia tak mencair atau ubah tekstur. FD syak staff dia masak kejap sangat. Andai kata lah memang dia goreng lama, cheese dalam tu takkan kekal dalam bentuk asal tau. Faham tak apa yang FD cuba sampaikan?

Part sosej memang puas hati sebab Chezzo guna sosej yang gemuk. Bukan sosej biasa biasa tu. Tepung dough tu pun okay, tak rasa muak. Sos dia sedap, ngam. So secara keseluruhan, cuma frust tang keju yang masih petak tu dan frust kentang dia tak crunchy. Yang lain tu okay okay je lah.

Nak beli next time tu mungkin akan dipertimbangkan. Masa order kena letak note siap siap supaya staff dia tau apa yang customer nak.

Facebook: Chezzo
Location: 85, Taman Tepian Sungai, 2, Jalan Sulaiman, 86800 Mersing, Johor


Kalau korang tau corndough sedap sedap kat Mersing, Johor, please drop kat komen. Still hunting corndough yang kena dengan tekak. Any Korean food pun okay.

You May Also Like

1 comments

  1. sama la ngn ju, suka juga try banyak tempat untuk sejenis makanan yg sama. Lain tmpt, lain penyediaan nya kan. Btw, happy new year FD sefamily, sis dtg blogwalking lepas lama blog bsawang =D bru ari ni buka blog

    ReplyDelete