Bercuti di Kuala Lumpur pun seronok!

by - July 23, 2021

Assalamualaikum


Sebelum mula PKP, memang dah lama sangat planning nak bercuti kat Cameron Highlands siap dah survey semua Cameron Highlands Hotels lah. Punya nakkan pakej yang berbaloi dan dapat view yang cantik konon nak bergambar buat kenangan dengan family kecil ni. Tapi sudahnya PKP 2.0 pulak. Tak sempat lah nak rentas negeri dengan family. Kesian anak anak zaman pandemic ni tak dapat nak create memories travel with family.

Cameron Highlands

Teringin sangat gi sana sebab nak tea time kat ladang teh. Mesti best! Kalau ambik gambar kat sana pun mesti lawa lawa. Pastu kalau dapat petik buah strawberry, syoknya! Cuaca pun best kat atas tu, sejuk je. Takpe lah, tunggu habis PKP nanti kite try bodek husband bawak anak anak bercuti.

Tapi kite ni as parents, taknak mengalah! Nak jugak bawak anak travel biarlah dalam negeri pun. Janji anak happy! (padahal ibu dia yang nak bercuti, hehe). Ni pun dah siap survey tau nak gi mana, aktiviti apa yang boleh buat masa Staycation KL nanti. 

Soooo FD decide untuk pilih kat area tengah tengah KL tau, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Why I choose that one? Sebab boleh jalan jalan and sambil tu bawak anak main kat theme park. As I know, hotel ni sama bangunan dengan Berjaya Times Square Mall. Kalau nak makan, nak jalan jalan cuci mata, bawak anak main kat theme park pun senang sebab 1 bangunan je. Takpayah susah susah nak kena keluar ke tempat lain. 

Berjaya Times Square
Masa muda muda selalu window shopping kat situ tapi baru sekarang tau ada hotel rupanya. Kelakar pulak rasanya. Bila dah tau ni, tu yang planning nak ke sana untuk staycation with my little family. Bukan selalu dapat bawak anak jalan jalan kat Kuala Lumpur ni.

Facilities kat hotel pun banyak tau dan apa yang menarik minat FD untuk stay sini sebab ada swimming pool. Anak pun asyik berendam dalam bath tub zaman baby dia je. Nak jugak lah cuba benda baru, mesti dia suka.

Kalau dah puas mandi manda kat swimming pool, boleh ajak anak anak main kat playground pulak. Jarang anak reject playground tau. Yang penting kite jaga SOP dan kebersihatan untuk elak jangkitan COVID19, okay mommies?

Selain tu, ada WiFi yang semestinya mana mana tempat kite menginap, confirm first thing kite check, hehe. Room service pulak 24 jam ye operasi. Kalau lapar malam malam malas nak keluar, call je suruh hantar depan pintu bilik.

Haaa, sebut pasal bilik. Ya Allah, banyaknya pilihan dari bilik premium sampai lah jenis suite. Puas hati kalau dapat bawak family or kawan-kawan. Kemudahan lengkap dalam bilik. Tak perlu susah susah pening kepala nak fikir apa yang ada apa yang takde.

Nak buat ala ala girls night pun onz. Ruang bilik no worries, memang terlebih selesa. Plus dengan certain view bilik yang boleh bagi kita ketenangan or rest ourself dikala malam menjelma, haa kan dapat percutian yang diidamkan. tak gitchu.

Tengok tu, luasnya lah bilik. Anak nak berlari pun boleh. Buat sleepover gegirls pun nice ni. Confirm puas hati dapat menginap kat sini kan.

Untuk guys yang sambil bercuti tapi tetap nak maintain workout harian, jangan risau. Gym ada untuk pelanggan yang menginap kat hotel ni. Takde istilah cheatday ke apa ke. Disiplinkan diri untuk keep on track, hehe. 

For ladies ofcoz ada tempat untuk me-time, layan spa lah. Apa lagi. Boleh relaxing. Ingat lelaki je ke nak healthy and nampak macho? Ladies pun nak cantik tau.

Terlampau banyak la facilities kat hotel ni sampai tak terhurai dah. Tak sabar rasanya PKP ni nak habis. Boleh bawak anak anak berjalan jalan kat Kuala Lumpur. Kalau korang, nak bercuti kat mana? Jom share!

You May Also Like

10 comments

  1. haih bila laa pandemik covid ni akan lenyap kat muka bumi , rindu nak pergi bercuti

    ReplyDelete
  2. Alahai bila covid nak habis, nak merentas ke KL pon tak boleh! macam mana? Nnt nak bookinglah hotel kat KL buat-buat rindu nak bercuti katakan... Nak try Kat Tamu Hotel depan View KLCC

    ReplyDelete
  3. Betul! Bercuti kat tempat sendiri pun seronok! Akak sokong!

    ReplyDelete
  4. mmg cuti kat KL best.. akak yg duk sempadan KL nie pun selalu pilih hotel kat KL untuk relax2 dengan famili ngn anak2.. nnt lps habis PKP nk try la duk kat Berjaya Times Square Hotel pula..

    ReplyDelete
  5. Rasa xsbr nk bercuti bila la agaknya kes nk turun...

    ReplyDelete
  6. Luasnya bilik dia. Selesa sesangat tu. Fasiliti pun best.

    ReplyDelete
  7. Yah memang seronk kalau dapat bercuti or staycation pun ok juga.

    ReplyDelete
  8. Banyak lagi tempat kat KL yang belum saya pergi. Tunggu pandemik covid 19 nanti dah takde memang nak bercuti kat KL

    ReplyDelete
  9. Alahai... kuta yg fuk dkt KL pun xdpt gi mana2 kecuali ada urusan penting, rindu nk window shopping

    ReplyDelete
  10. Rindunya nak holiday.. Tepu dah rasanya duduk dekat rumah ni. Bila la covid nak berakhir.. 🤷🤷

    ReplyDelete