Puas hati guna earphone wireless Sudio Nio

by - May 21, 2021

Assalamualaikum

Dah lama rasanya telinga ni tak kena sumbat dengan earphone. Masa zaman bujang dulu kerap jugak guna earphone untuk dengar lagu, kadang-kadang tu guna masa video call konon taknak orang lain dengar kite borak apa, hehe. Tapi tu dulu la tahun 2014 ke 2015 camtu.


Sekarang ni pun kalau kite beli phone, takde dah free gift earphone macam dulu dulu. Setakat dapat phone dengan charger je. Ke masih ada beli phone dapat earphone as gift? 🤷🏻‍♀️

Bila dah lama taklayan lagu gara gara takdengar radio dan takde earphone, dah jadi rasa ketinggalan sebab taktau lagu paling hit masa ni. Jadi FD pun survey la jugak earphone mana yang best dan paling latest yang kena dengan budget dan offer menarik. Akhirnya nampak kawan kawan share feedback guna earphone wireless dari Sudio from Sweden.

Sudio ni jenama dari Sweden dan mereka pentingkan gaya dalam kehidupan dan fokus pada earphone wireless yang memberikan kepuasan pengguna dengan  bunyi audio yang gempak dan mengagumkan.

Kat Sudio ni ada banyak jenis earphone tau tapi FD tertarik dengan Sudio Nio. Dan ianya baru je dilancarkan pada Januari 2021 dan dapat sambutan yang menggalakkan. Apa yang menarik tentang Sudio Nio sampai laku keras?

Sesuai untuk semua orang sebab didatangkan dengan 4 saiz hujung sayap diamana pengguna boleh pilih mengikut keselesaan mereka.
Kalis air dan kalis peluh dengan adanya perlindungan IPX4. Jadi tak perlu risau kalau tengah dengar lagu atau tengah on call, tetiba hujan turun. Ataupun tengah workout sambil dengar lagu ke pastu berpeluh teruk. Earphone tak mudah rosak.
Menggunakan teknologi dual microphone dapat menyampaikan audio yang lebih jelas kepada pendengar.
Boleh dipadankan dengan iOS dan android.
Ketahanan bateri selama 20 jam dan keatas bergantung kepada penggunaan.
Boleh digunakan dengan jarak 10meter.
Paling best sebab earphone ni wireless. Takde lah serabut dengan tali bila kite letak dalam beg lepas tu berselirat dengan barang lain 😂

Setiap pack didatangkan dengan USB charger type C.

Sudio Nio ada 5 pilihan warna antara putih, hitam, sand, hijau dan Aurora. Yang aurora ni limited tau, warnanya pun cantik tapi FD lebih suka warna putih nampak bersih dan polos je 😍

Berapa pulak harga Sudio Nio ni?
Harganya RM359. Mahal ke? Aipp! Jangan kata mahal selagi tak baca post ni sampai habis! 😏
Rugi baca separuh jalan sebab ada promosi menarik kalau beli earphone wireless Sudio Nio ni.

See? Perfectly fit!

By the way, Sudio ada keluarkan produk baru iaitu Sudio Nio Case. Case ni sangat menarik minat FD sebab ianya menggunakan bahan plant-based. Dimana ianya diperbuat dari kulit buah epal, sebab tu tekstur casing ni cantik. Menarik, kan?
Kulit vegan Sudio Nio Case dihasilkan dari kulit epal dari kebun di utara Itali. Jauh tuuu. Proses mengubah kulit epal yang dibuang menjadi kulit bebas kekejaman berasaskan tumbuhan menghasilkan bahan yang cantik, hypoallergenic, dan biodegradable yang sesuai dengan gaya kehidupan seharian kita.

Harga Sudio Nio Case ni RM119 TAPIIIII korang boleh dapat secara PERCUMA! Haa macam mana? Dengan setiap pembelian Wireless Earphone Sudio Nio dan masukkan kod "FTNDIANA" masa checkout. Bukan setakat dapat case free, tapi dapat jugak diskaun sebanyak 15%. Daripada harga RM359, lepas potongan diskaun jadi RM272 je. Siap free shipping worldwide tau dan ada warranty selama 3 tahun.

Please be alert yang promosi diskaun dan free Sudio Nio Case ni berlangsung dari 10 Mei sehingga 6 Jun 2021 sahaja tau. 


Facebook: Sudio Sweden
Instagram: @sudio

You May Also Like

2 comments

  1. Best ni sebba ade microphone.. Senang kalau buat zoom ke ape mesti dgr jelas.. Murah juga after diskaun

    ReplyDelete
  2. Beli sekali portable charger Sudio. Senang nak charge.

    ReplyDelete