Garci Pro Gel membantu mengurangkan rasa lenguh dan kebas

by - April 28, 2021

Assalamualaikum

Bila umur nak masuk 30 series (nak masuk je tapi belum lagi ye), terasa tua pulak apatah lagi mak ayah kite. Mak abah FD kerap jugak la mengadu lenguh kaki, sakit belakang. Macam macam lah. Maklum lah, mak abah FD dah masuk umur 50an. Memang senang lah sakit sakit sendi ke apa ke. Kalau pergi mengurut pun, kejap je eloknya. FD nak tolong urut pun bukannya pandai nak cari urat nak betulkan urat ke.
 
Abah FD pulak masih bekerja, tambah dengan hobi barunya pulak; memanah. Biasanya lepas habis buat aktiviti masa lapang, abah akan rasa sengal kat bahu. Tapi takde pulak nak cari cara untuk kurangkan rasa sakit tu, dia terus tidur je.


Garci Pro Gel
Suatu hari tu, FD ternampak posting dari kawan FD kat Facebook pasal Garci Pro Massage Gel, katanya boleh bantu masalah lenguh dengan sakit sendi. FD pun terus dapatkan satu dan bagi mak abah guna. Mana la tau dapat bantu masalah lenguh lenguh mak abah FD ni kan.

Lepas FD terima produk ni, FD terus bagi abah dan suruh sapu kat tempat yang rasa lenguh atau kebas. Picit dan sapukan aje, takpayah banyak banyak, sikit je. Sambil tu FD baca jugak info kat flyers Garci Pro. Paling best teksturnya water based, so tak melekit lah masa sapu gel kat kulit dan mudah meresap ke dalam kulit sebab gel ini dihasilkan menggunakan teknologi nano.

FD tanya abah, “camne lepas sapu? Rasa apa?”, abah jawab “rasa berangin kat bahagian dalam lepas sapu, sedap rasanya”. Abah terus offer kat mak pulak sebab mak selalu sakit pinggang dan lenguh kaki. Mak pun bagi feedback positif, katanya lega sangat lepas guna.
Kadang kadang FD ada jugak masalah kebas kaki masa tengah tidur. Memang mengganggu jugak lah sebab tengah lena tetiba sakit kaki, geram jugak lah kan. Nasib baik ada standby Garci Pro, saje lah cuba sapu sikit sebab sebelum tu bagi mak abah je guna dulu. Apa yang mak abah cakap tu memang betul, rasa berangin je lepas sapu kat tempat yang kita sakit tu. Tapi tak terasa panas ye. Lega sangat sangat. Boleh sambung tidur balik dengan lena.

Garci Pro gel diperbuat daripada peppermint, aloe vera, minyak argan, menthol crystal, epal hijau dan minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil yang diimport khas dari Australia. Ianya 100% bahan semulajadi dan mempunyai kelulusan KKM.
Gel ni bukan setakat bantu kurangkan masalah sengal sendi, kebas dan lenguh je tau. Ia bertindak membantu melancarkan peredaran darah dan merawat saluran darah tersumbat. Kalau guna sebagai minyak urut pun sesuai, boleh buang angin dalam badan.


Produk ini keluaran MISG Global
Website: garciprohq.com
Facebook: Garci Pro Malaysia - AppleFit
Instagram: garcipromalaysia

Seandainya korang masih belum jumpa produk yang sesuai dan betul betul membantu selesaikan masalah sakit sendi, sakit lutut, kebas dan sebagainya, FD memang rekemen kat korang untuk cuba Garci Pro. Tak cuba, tak tau kan keberkesanannya? InshaAllah ianya membantu. Yang penting kena konsisten sapu 3 kali sehari.
Lagi pun Garci Pro tengah buat promosi tau. RM90 untuk sebotol dan beli 2 (RM170) percuma satu. Boleh lah buat stok kat rumah untuk kegunaan sekeluarga.

You May Also Like

10 comments

  1. wah bagus eh gel ni. sha pun nak try la! kaki selalu jugak sakit sakit

    ReplyDelete
  2. bagus ye gel ni. nk kene ada jugak nampaknye kat umah ni..

    ReplyDelete
  3. Nampak macam kena ada 1 dekat rumah ni. Sebab boleh digunakan seisi keluarga kan.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ada garci pro ni.. Kita pon selalu lenguh2 badan ni..

    ReplyDelete
  5. Elok ada satu kat rumah.. lenguh2 boleh sapu.. suka krim yg cepat meresap tak de la rse melekit bila sapu

    ReplyDelete
  6. Memang nak beli ni buat standby di rumah. Selalu kebas2 kaki

    ReplyDelete
  7. Nak cuba gak lah..la ni kalau nk naik tangga turun tangga mmg prob, nk cuba yg ni pulak

    ReplyDelete
  8. elok sangat dapatkan untuk mak ayah. Diaorang selalu lenguh2. Betetr dapatkan utk diri sendiri dan mak ayah

    ReplyDelete
  9. Nak try Garci Pro Massage Gel juga sebab sejak kebelakangan ni asyik lenguh lengan jer

    ReplyDelete
  10. pakai ini juga ke.. mmg best pon

    ReplyDelete