Berbuka puasa dengan Buffet Sinar Ramadhan di Sudirman Cafe, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur

by - April 07, 2021

Assalamualaikum


Pejam celik pejam celik dah nak makin hampir dengan Ramadhan. Bestnya rasa! Bila sebut je bulan Ramadhan, mesti banyak juadah yang sedap sedap kite jadi teringin nak makan. Dapat pulak berkumpul dengan family atau kawan kawan, lagi la meriah suasana.

Bila sebut pasal berkumpul dengan family atau kawan kawan, mesti kite nak jugak planning berbuka kat luar sekali sekala, kan? Buat reunion pun syok jugak. Jom FD kongi dengan korang port best untuk berbuka puasa kat Kuala Lumpur.

Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ada buat pakej buffet pada bulan Ramadhan tau. Hotel ni terletak di Jalan Raja Laut, Chow Kit. Betul betul di tengah bandar Kuala Lumpur. Ada banyak kemudahan yang ada berdekatan dengan hotel. Dari luar nampak kecik je Koptown EDC Hotel ni tapi sebenarnya besar tau sebab ada 3 blok. Blok A, B dan C. Bayangkan lah bangunan ni ada lebih kurang 242 bilik, 140 ruang parking, surau lelaki dan perempuan, gym, dan kafe.

Okay, berbalik pada pakej buffet Ramadhan tadi. Ianya terletak di Sudirman Cafe. Banyak memori dan nostalgia allahyarham Sudirman di kafe ni. Btw yang bestnya, kafe ni akan jadi special untuk kite sahaja sebab kena booking dulu minima 20 orang dan maksimum 150 orang. Takde walkin ye kalau nak berbuka kat sini. Semuanya kena booking awal awal.

Haa seronok bila dapat berjumpa dengan kawan kawan blogger masa ni.

Kalau tak silap, kafe ni tak bukak setiap hari untuk booking tau. Apa apa boleh direct tanya dengan nombor yang FD sediakan dihujung entri.

Lauk pauk yang disedikan oleh pihak hotel di Sudirman Cafe

Ayam Masak Merah

Daging Salai Masak Lemak



Ruang pencuci mulut

Ais Batu Campur layan diri

Ini pula harga untuk buffet Sinar Ramadhan. Sangat berbaloi harga dengan makanan yang ada. Pastikan betul betul lapar kalau nak berbuka kat sana 😋 lagipun kafe dibuka dari jam 6 petang hingga 10 malam. Padan lah duduk kat kafe 4 jam. Makan sampai tak larat nak bangun 😂
Surau pula di tingkat 12 bagi yang nak menunaikan solat lepas berbuka puasa.

Lepas makan dan solat, boleh jalan jalan kat laluan ke kafe sebab sepanjang laluan ni ada tempat menarik untuk bergambar sambil tengok sejarah Kuala Lumpur. Best sangat tau bila tengok transformasi Kuala Lumpur 🥰


Nak booking buffet Sinar Ramadhan kena cepat cepat sebab bukan bukak setiap hari ye. Ada hari yang tertentu sahaja. Lepas penat makan boleh lah checkin pulak kat hotel ni. 1 malam serendah RM140+ je awak. Pastu boleh jalan jalan luar hotel tu. Dekat dengan Sogo, bundle tepi jalan. Best! Recommended! 👍

Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur
Alamat: Jalan Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur
No tel: 0340519191 | 0129112569

You May Also Like

12 comments

  1. Nampak hidangan pun membuka selera. Lama dah tak pergi area Chow Kit sana tu. Agak2 parking senang ke?

    ReplyDelete
  2. masakan ala kampung.. cik en suka sangat

    ReplyDelete
  3. Menu dia banyak jugak. Untuk harga yg macam tu kira ok jugak tu.

    ReplyDelete
  4. Terliur lah tgk daging salai masak lemak tu..dulu pnh rs kawan masak, fuhh bertambah2 mkn..

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan menu. Memang best berbuka buffet ni. Menarik tempat dia. Bagsu dia buat terhad sahaja

    ReplyDelete
  6. buffet ramadhan menu kampung memang sedap, sy suka nenti bolehlah bawa family ke sudirman cafe nih

    ReplyDelete
  7. Memang sedap makanan kat sini..berbaloi dgn harga yg diberi

    ReplyDelete
  8. Banyaknya menu2 dia. Berbaloi bawa family & friends berbuka dkt sini.

    ReplyDelete
  9. Wow this restaurant is so nostalgic with all the memories from late Sudirman.

    ReplyDelete
  10. Daging salai masak lemak.. mmg favorite tu.. byk pula tu pilihan menu lain..

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap semua menu yang ada. Nasib baik jauh kalau dekat dah terjah

    ReplyDelete