Sakit pulak hati dengan servis FoodPanda
Assalamualaikum
Foodpanda ni boleh tahan terkenal jugak tapi terkenal sebab benda negetif. Macam macam yang kite baca kat media sosial. Macam macam kes lah. Tapi taktau la sahih ke tidak, kan?
FD sendiri dah hampir 2 tahun guna perkhidmatan Foodpanda tiap kali rasa lapar dan malas nak keluar rumah. Sepanjang FD guna khidmat mereka, tak pernah lagi ada masalah. Sehingga la baru baru ni, jadi benda yang agak menyakitkan hati.
3 hari lepas FD ada order makanan kat warung Abe Klate. Dalam menu takde Nasi Goreng Biasa. Jadi, FD pilih Nasi Goreng Cina dan letak remark untuk pihak mereka buat Nasi Goreng Biasa. Siap pesan kalau takbole tunaikan permintaan, tolong reject order. Yang tu okay la, bila sampai memang ikut apa yang FD remark. Pastu ada order air Teh Ais. Tu adik yang nak. Tapi FD sendiri cuai, tak cek betul betul sebelum bayar. Rider takde hulur pun air. Yang ini taktau lah salah rider atau kedai tu yang tak bancuh.
Biasanya antara 2 je. Salah rider tak cek sebelum hantar atau salah vendor tak siapkan order dengan sempurna. Sebab FD sendiri pernah keje kedai makan. Ada je rider lupa nak ambik air tapi kalau dapat rider yang baik dan rajin, diorang akan patah balik datang ke kedai dan ambik order yang tertinggal.
Semalam pulak saje lah nak order McDonalds sebab nakkan toy Spongebob dalam Happy Meal. Laju memang laju order siap. Tapi sekali makanan sampai, toy takde. Geram jugak lah rasa. Kalau toy habis ganti dengan toy lain masih boleh diterima. Tapi ni takde langsung.
Bila tak dapat item yang kite nak atau lost, terus contact customer servis. Untuk kes order air tertinggal, team Foodpanda bagi voucher ikut amount nilai air tu. Kes takde toy ni pun dia refund dengan voucher jugak tapi kali ni FD protes. Asyik dapat voucher je, saje demand nak cash. Tak sangka team Foodpanda akan layan dan voucher pun FD terima. Boleh dikatakan Happy Meals McDonalds ni dapat secara percuma la. Puas hati 😂
Voucher valid sebulan. Untuk refund ke akaun bank, ambil masa dalam 3 ke 4 hari bekerja.
Maybe akan ada yang tertanya kenapa FD takguna perkhidmatan GrabFood je? FD nak guna cuma masalahnya malas nak masukkan duit dalam GrabPay. Nak guna debit pulak takbole sebab TAC tak lepas. Jadi masuk kat nombor yang pertama kali kite register. TAC untuk transfer je boleh pakai. Kalau rajin nanti akan settle la bab debit online ni, mudah sikit kerja.
Itu je lah untuk post kali ni. Saje luah perasaan 😆
1 comments
uish hahaha sha haritu dapat voucher je 😂 pasni boleh la try hahaha
ReplyDelete