Drama Rindu Awak Separuh Nyawa ditayangkan di Astro Ria
Assalamualaikum.
FD pernah baca novel karya Siti Rosmizah yang bertajuk "Rindu Awak Separuh Nyawa" ni. Memang menangis lah bila part sedih ni, hehe. Layan novel masa zaman bujang dulu. Dah ada family ni tak sempat nak hadap buku 😂
Kasih Maisara (Uqasha Senrose) menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil (Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.
Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.
Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.
JUDUL : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
EPISOD : 40
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan, Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya (Nazil Nazrim), Uqasha Senrose (Kasih Maisara), Marsha Milan (Nurul Huda), Norreen Iman (Qistina), Fizo Omar (Aidil), Khairil Anwar Aman (Dato Raqib), Aida Khalida (Puan Norida), Rahim Jailani (Dato Halim), Khaty Azean (Datin Khadijah), Noorkhiriah (Kak Munah), Balkisyh Semundur Khan (Jah Kelip), Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya
Rindu AwakSeparuh Nyawa Full Episod
Episod 37 Episod 38 Episod 39 Episod 40 Episod 41 Episod 42
0 comments