Projek Infaq Makanan dari Dapur Lapowey

by - March 16, 2021

Assalamualaikum


Pejam celik pejam celik sikit lagi kita dah hampir dengan bulan Ramadhan kan. Masa tu lah kita diuji dengan macam macam ujian, pastu terfikir pulak kat golongan yang kurang berkemampuan nak makan untuk berbuka puasa.

Mujur lah LapoWey ada buat Progam Infaq Makanan di bulan Ramadhan tau. Jadi kalau ada mana mana individu atau syarikat yang berminat nak sumbangkan makanan pada golongan asnaf untuk berbuka puasa, boleh lah hubungi pihak LapoWey. Bukan setakat boleh sumbang pada golongan asnaf je tau. Pihak LapoWey juga boleh hantarkan sumbangan itu pada rumah kebajikan orang tua atau kurang upaya, rumah anak anak yatim, dan surau / masjid di sekitar kawasan Lembah Klang. Eh, tak lupa juga pada frontliner yang dah banyak berkhidmat untuk kita.

Lapo Wey Program Infaq Ramadhan
Pihak penderma cuma perlu membuat pesanan kepada Lapo Wey mengikut 6 menu pilihan yang tersedia khas untuk infaq mengikut kuantiti yang diperlukan. Paling minima kena ada 100 pax tau. Tapi jangan risau kalau tempat yang nak diinfaq tu kurang dari 100 pax, pihak Lapo Wey akan agihkan pada 2 hari.
Pihak Lapo Wey akan masak dan membuat penghantaran secara PERCUMA ke destinasi yang pihak penderma pilih. Kalau penderma taktau nak derma ke mana, pihak Lapo Wey akan hantar secara rawak disekitar Lembah Klang. Andai kata pihak penderma nak hantar di luar kawasan Lembah Klang, boleh jugak cuma akan ada caj penghantaran. Yang itu pihak penderma kena deal dengan Lapo Wey.

Selesai je membuat penghantaran, pihak Lapo Wey akan update pada penderma. Kemudian Lapo Wey akan upload gambar di media sosial tanpa mendedahkan siapa penderma makanan tersebut sebagai tujuan menunjukkan bukti pada penderma bahawa infaq makanan sudah selesai disampaikan.

Program Infaq Dapur Lapowey
Setiap set makanan akan dapat kurma dan air mineral tau. Harga untuk menu ni serendah RM8 tau. Harganya sangat berpatutan dengan portion yang disediakan. Memang kenyang la wey.

Lapo Wey Program Infaq Ramadhan
FD dapat testing set B dan F; Ayam Percik Merecik dan Ikan Masam Manis.

Program Infaq Dapur Lapowey
Set Nasi Putih lauk Ikan Masam Manis ni memang dah paut hati FD lah. Sebab sedap sangat! FD jarang tau suka makan ikan tapi yang ni the best! Sos dibungkus berasingan dengan lauk. So, takde la tepung ikan tu jadi kembang bila sekalikan dengan sos tu lama lama sebelum sampai kat tangan kite.

Program Infaq Dapur Lapowey
Yang ini set Nasi Putih bersama Ayam Percik Merecik. Bau lauk tu ya Allah, sedap sangat tau. Lauk ni style Kelantan sebab kalau ayam percik kat lain tu warna pun nampak lain. Biasa FD beli jenis yang ada batang macam lidi tu. Padu weh rasa ayam percik ni. Duk teringat ingat.

Semua menu ni sangat sesuai untuk yang jaga kesihatan dan pemakanan sebab ianya berkhasiat. Sebab apa FD kata berkhasiat? Semuanya dimasak oleh cef yang sediakan makanan di hospital. Korang faham sendiri la kalau makanan hospital, kan? Tapi yang ni sedap lagi lah.


Sebarang pertanyaan mengenai Program Infaq Ramadhan LapoWey, sila hubungi nombor yang tertera dibawah;

Call/Wasap:
Office: 03-77341278


You May Also Like

17 comments

  1. Set lengkap dgn air dan kurma, sesuai sgt untuk infaq ramadan

    ReplyDelete
  2. Insyaallah... Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰

    ReplyDelete
  3. Bab memberi makanan sebaiknya berilah yang terbaik supaya amalan kita juga mudah diterima Allah SWT

    ReplyDelete
  4. sedapnya tgk menu.. jd lapo ngk nye.. barulah penderma yakin nak infaq untuk ramadhan nie..

    ReplyDelete
  5. program infaq yang bagus, ramai dah buat program macam ni, memudahkan kita untuk infaq sebenarnya

    ReplyDelete
  6. Penting nak berinfaq makanan biarlah sedap . Kalau tak nanti jadi sia2...jangan asal boleh jer tapi biarlah berkualiti. Suppport Lapowey !

    ReplyDelete
  7. Banyakkan memberi bulan puasa ni. Wahhh buat lapo je wehhhh portion besar pulak tu. Untung la penerima. Moga mereka kenyang la....

    ReplyDelete
  8. This is a good project by Daput LapoWey. I'm glad there are doing this for Ramadhan. Thank you for sharing this information with me.

    ReplyDelete
  9. bagus la diorang buat pek berbuka macam ni..memudahkan orang nak berbuka kan. boleh juga orang lain buat amal sama2

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah ada juga inisiatif infaq Ramadhan tahun ni. Harapnya meriah lah walaupun kita dalam pandemik kan.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya program infaq time ramadhan macam ni, dapat juga membantu dan kita bersedekah kepada mereka yang memerlukan.. tahniah buat semua yang akan terlibat..

    ReplyDelete
  12. Bagus betul insiatif ni. Menu pun sedap. Kebiasaannya kita tak pasti nak bantu anak-anak yatim dan rumah kebajikan ni bagaimana. Kalau LapoWey bleh uruskan. Memang lega la. Boleh kita bersedekah dengan makanan yang kenyang dah siap masak. Nanti akak nak tempah slot. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Inisiatif yg dilakukan ini mmg terbaik. Membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  14. Baru this year I get to know about what Infaq is all about... Bagus la ada offer mcm ni..

    ReplyDelete
  15. the food does not only look delicious, but the entire concept is so beautiful! cant wait to check it out and make my order soon! :)

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing this! Will share this with my Malay friends.

    ReplyDelete
  17. Betul lah dah dekat nak ramadan ni makin banyak program amal dan juga buat kebaikan berganda memang ini lah masanya. Ada pula dapur Lapowey lagi mudah nak infaq makanan hurmmm good.

    ReplyDelete