Anak mudah lena dan selesa dengan Baby Sling Mamaway

by - March 01, 2021

Assalamualaikum


Bila dah anak 2 ni, saje nak cuba alternatif lain cara gendong anak. Kalau masa kakak dulu, guna baby carrier. Agak susah jugak nak adjust baby and kesian tengok terkangkang kalau salah cara posisi baby dalam carrier.

Jadi, kali ni cuba baby sling pulak. Macam style orang dulu dulu guna kain batik atau kain pelikat. Tapi modern-kan sikit kain tu dan cara pakainya. Mujur lah jumpa kat Mamaway. 


Lepas gendong Fayyadh dalam baby sling, nampak dia selesa. Takde nak bergerak gerak macam cari port nak duduk dalam keadaan lebih selesa. Apa yang FD nampak masa gunakan baby sling ni;
  • Bayi kurang menangis
  • Mendorong bayi untuk tidur dan mudah terlena
  • Bayi rasa lebih selamat bila berada lebih dekat ibu sebakan skin-to-skin contact
  • Grab n Go! Sebab compact dan tak makan ruang untuk simpan.
Selain itu, produk baby sling Mamaway mendapat kelulusan oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai produk "sihat pinggul". Jadi, ianya selamat digunakan.

Banyak kan corak baby sling ni? Ni baru sikit FD tunjuk. Ada 18 corak tau semuanya. Semua lawa lawa. Rambang mata jugak nak pilih tu dan masa tu tak tau jantina baby dalam perut. Baby sling ni free size, but don't worry sebab boleh adjust ikut kesesuaian dan keselesaan bayi ikut umur.

Kalau guna stroller, makan ruang dan kena pasang itu ini. Dengan baby sling ni, bawak macam tu je. Sebab tu kite letak as Grab n Go! Nak lilit kat ring tu pun mudah sangat. Ikut keselesaan bayi. Bila taknak guna, letak je dalam handbag atau maternity bag.

FD bawak jalan jalan depan rumah tak sampai 15 minit, dia dah terlena. Sekejap betul dia boleh tidur. Biasanya susah nak tidurkan Fayyadh ni. Ada banyak cara nak letak bayi dalam posisi yang selesa mengikut umur tau seawal new born. Anak umur 2 tahun ke atas pun boleh sebab katanya boleh tampung berat sehingga 50kg. Yang itu ikut pada kita pulak la larat ke tidak 😆
Paling best, boleh buat cover untuk menyusukan bayi masa kita kat kawasan public. Panjang kain baby sling ni tau. So takde la kite nak tercari cari bilik menyusu pulak masa tu.

Pada yang berminat nak dapatkan baby sling dari Mamaway, boleh lah tengok tengok kat link bawah ni. Siap dengan video tutorial cara guna untuk baby dan budak kecil
Jangan lupa masukkan code MAMABLOG-DIANA dan dapat potongan diskaun sebanyak RM25 untuk pembelian RM200 keatas

Official  Website: https://my.mamaway.com/
How to wear a ring sling

You May Also Like

10 comments

  1. alaaa dah takder anak keciklah akak , yang ada cucu2 saudara sahaja. Tapi memang dari dulu suka tengok baby di gendong guna sling ni . Memang nampak selesa sangat plus baby biasanya akan tidur lebih nyenyak bila guna sling sebab katanya dia rapat dengan jantung ibunya so dia fefeeling masih dalam perut...

    ReplyDelete
  2. Sama macam Saidila dah takde anak kecik. Anyway sesiapa yang mencari baby sling sangat membantu la post ni. Warna baby sling ni lawa lah. Berwarna warni sangat!

    ReplyDelete
  3. Mudah bawa anak pakai baby sling kan. Skrg pun dah ada macam2 jenis. Design Mamaway pun lawa dan colorful juga.

    ReplyDelete
  4. Betul tu, baby mudah lena sebab terhimpit dengan mama dia kan, so ibarat macam dalam buat juga.. Sis dulu je masa anak kecil, takde benda gini haaa.. dukung aje..

    ReplyDelete
  5. Suka dengan brand ni. Walaupun xde anak kecil tapi mmg sangat disyorkan utk ibu yg ada anak kevik

    ReplyDelete
  6. cantik fabrik dan coraknya.. nampak macam selesa..

    ReplyDelete
  7. Kita dulu pun pakai ni. Senang btul anak nak lena bila pakai mamaway ni

    ReplyDelete
  8. Dulu orang buat dengan kain batik or pelikat je. Now dah advance. Sesuai sangat kalau jalan2 tak risau baby meragam

    ReplyDelete
  9. Kita pun dah takde anak kecil tapi memang anak lebih selesa dok dalam sling gini kann... Rasa macam dipelok jer. Cantik lak tengok design dan warna dia

    ReplyDelete
  10. Dari zaman berzaman orang dulu gunakan cara ini nak dukung anak dan juga lebih selesa dan selamat tak ada sekarang pakai stroller jer anak jadi malas heheh pulak tu jauh dari ibu-bapa kan hurmmmm....

    ReplyDelete