Sekali je cuba apply, Google AdSense dah approve!
Assalamualaikum semua!
Malam semalam FD terima email yang FD tak jangka sebab memang tak sangka cepat jugak diterima.
Seronok bukan kepalang bila tajuk email tu kata 'Your site is now ready to serve AdSense ads'. Ini salah satu target FD dalam tahun 2021 untuk bahagian blogging ni. Azam FD nak upgrade dan lebih komitmen terhadap dunia blogging ni. Nak aktif macam dulu dulu. Rindu sangat.Pertama sekali, beli domain fatindiana.com. Ini pun tak jangka yang nama ni jadi available sebab banyak kali cuba beli, tapi takbole. Kalau ada pun, jadi dotmy, bukan dotcom. FD degil nak dotcom jugak tapi gitu lah, senyap je sebab tak valid. Satu hari saje up status kat Facebook, luah perasaan rindu domain lama. Tup tup ada sorang kawan ni kata domain tu available. FD pun apa lagi, terus beli domain tu. Tapi tanya kawan dulu la sebab dulu bukan FD pasang sendiri. Settle bab domain.
Kedua, nak ubahsuai template blog sebab rasanya last ubah sebelum ada anak ke sebelum kawin kot. Tengok blog lama macam budak budak je rasa. Nak ubah sendiri, tak kot. FD memang jadi zero bila bab coding sebab dah bertahun tak mengadap. So FD survey dulu sesape yang ambik upah pasang template dengan harga yang berpatutan. FD upah Zaza Iman sebab kena dengan budget FD. Kebetulan pulak masa tu Zaza tengah lapang. Kejap je dia pasang. FD cari template kat https://gooyaabitemplates.com/ . Cantik cantik template kat situ. Bukan setakat pasang template je, Zaza siap bagi nota kat FD untuk baiki blog dan sedikit ilmu untuk SEO. Alhamdulillah, kawan kawan blogger yang FD kenal tak kedekut kongsi ilmu blongging.
Ketiga dan terakhir, cuba apply Google AdSense. Yang ini pun FD tanya tips kat kawan kawan blogger macam mana nak diterima Google AdSense ni. Akhirnya, sekali cuba je. Rasanya ada jugak dalam seminggu kot. Terima email malam tadi, seronok! Alhamdulillah, mungkin rezeki anak terselit.
So lepas ni memang aktif balik la blog. Mungkin update dua minggu sekali? Kalau rajin, update seminggu sekali. Nak update hari hari risau takde masa je. Yang penting aktif. Tak macam tahun lepas lepas tu. Sendu je rasa blog ni. Kalau nampak iklan tu, klik klik la sikit ye 😆
Terima kasih semua!
19 comments
Alhamdulillh...tahniah....
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteTahniah awak. Selamat kembali ke dunia blogging yer.🙂
ReplyDeletehehe terima kasih sis :)
DeleteAlhamdulillah tahniahh
ReplyDeleteterima kasih rabia
DeleteAlhamdulillah... Tahniah
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletefuyooo..tahniah..terbaik sis..semoga dapat income yang banyak bolehlah kongsi sama masyarakat hehe
ReplyDeletehaha, inshaAllah kalau dapat banyak
DeleteHi
ReplyDeleteTahniah!
Saya juga blogging mengenai parenting and lifestyle.
hi! terima kasih. hehe sy blogging semua benda
Deletetahniah selamat berbloging...
ReplyDeleteterima kasih cik ash!
DeleteAlhamdulilah :)
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki nak merasa duit google
Deletealhamdulillah., tahniahnyer.,
ReplyDeleteTahniah !!
ReplyDeletesy berbloging pasal menjahit, tapi blog baru lagi. Adsense masih tak approve, sebab jarang update. Hehe
Alhamdulillah... bestnya.....
ReplyDelete