Rangkaian Terbaru dari Cosmoderm Perfect Balance
Assalamualaikum 😊
Ramai dah cuba Cosmoderm Perfect Balanced dan dah tentu lah FD sendiri taknak lepaskan peluang untuk cuba jugak sebab tengok banyak feedback positif. Perfect Balance adalah keluaran terbaru dari Cosmoderm dan ada 2 bahan utama dalam produk ini
Prebiotics dikenali sebagai makanan pada Bakteria Baik untuk micro skin eco-system yang dapat membantu
- Merangsang pertahanan semulajadi kulit
- Meningkatkan seri pada kulit
- Dan memastikan mikrobioma kulit anda seimbang
Calamine digunakan untuk soothingkan kulit sambil
- Melegakan kegatalan dan iritasi pada kulit
- Mengurangkan minyak dan kemerahan kulit
- Dan juga meredakan kesan sunburn pada kulit
Untuk satu set lengkap Cosmoderm SkinLab Perfect Balance ada 4 item iaitu:
1. Perfect Balanced Foaming Cleanser
2. Perfect Balance Toning Lotion
3. Perfect Balanced Soothing WOW Cream
4. Perfect Balanced SunMilk
Yang bagusnya, ianya dah tertulis nombor pada setiap item dan mudah untuk kita gunakan mengikut langkah yang betul. Packaging pun comel tema merah jambu.
COSMODERM PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER (RM29.90)
Diformulasikan untuk semua jenis kulit. Perfect Balanced Foaming Cleanser adalah langkah pertama untuk kulit sihat dan menenangkan. Ianya membersihkan pori secara mendalam dan membersihkan kulit, juga menenangkan kulit kemerahan.
COSMODERM PERFECT BALANCE TONING LOTION (RM45.90)
Langkah kedua dan terpenting dalam rutin penjagaan kulit muka untuk dapatkan kulit sihat dan cantik. Dengan PREBIOTICS dan CALAMINE, ia membantu melegakan dan menenangkan kemerahan kulit sambil menyerapkan pada kulit. Ia juga mengembalikan kulit semulajadi yang berkualiti dan menghalang iritasi dan rasa tidak selesa.
COSMODERM PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM (RM65)
Ini pula langkah ke tiga dalam skincare routine untuk kulit sihat. Tapi yang ini pakai waktu malam je. Dengan 30,000ppm prebiotics dan calamine, ia membantu melegakan sementara mengurangkan cela pada permukaan wajah. WOW adalah singkatan untuk teknologi Water-in Oil In Water, dan mempunyai Triple Moisture Boost Complex dimana ia membantu mengembalikan kelembapan kulit.
Last step untuk guna pada waktu siang. Mengandungi nutrisi seperti vitamin dan mineral yang membantu melegakan sunburn dan kulit kering dan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Tambahan lagi, ia juga meningkatkan perlindungan pada permukaan kulit daripada tekanan persekitaran.
Website: https://www.cosmoderm.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/
3 comments
warna menarik . boleh menarik gadis2 untuk cuba ni . pinkish gitu
ReplyDeleteSuka tekstur produk ni creamy je dan cepat meresap pd kulit
ReplyDeleteKalau tgok product mmg menarik cuma tula kita tggu bila mmpu nnti
ReplyDelete