Jaga kulit dengan Oryn Skincare - Premium Skincare

by - September 21, 2020

 

Assalamualaikum!

Mesti ramai yang first time dengar produk brand Oryn ni kan. FD pun baru je tau masa lalu lalang tengok ig feeds haritu. Jadi tertarik nak tau tentang produk ni dan cuba. Mana tau kot serasi dengan kulit.

Oryn Skincare ingin berada di tangga pertama dalam industri kecantikan di dunia pada tahun 2024 dan Oryn ni fokus pada produk yang berasaskan Vitamin C dengan memberi penyelesaian yang berkesan kepada pelanggan yang mempunyai masalah kulit dan Oryn juga sudah diuji dan terbukti berkesan. 

Oryn menjamin kualiti dengan menggunakan ramuan bertaraf farmasi yang telah diuji dengan kajian saintifik. Pembuatan Oryn yang mematuhi piawaian dan perakuan antarabangsa (GMP, ISO, HALAL, KKM). 

FD cuba 1 set produk lah sebab nak tengok keberkesanannya. Dalam 1 set Oryn Skincare ni ada 3 item. Untuk 3 item ni cuma bernilai RM160.
Jom tengok kelebihan setiap satu item ni.

HYDRABRIGHT CLEANSER
diformulasi untuk membersih, menghidrasi, dan mencerahkan kulit. Low Foam Formulation direka untuk kurangkan masalah kulit kering dengan mengekalkan kelembapan yang optimum untuk rasa bersih yang sempurna.

Vitamin C: membantu memperbaiki penampilan kulit yang berjerawat. Ia juga membantu sekatakan warna kulit dan mencerahkan kulit.
Sodium Hyaluronate + Panthenol: membantu melembapkan dan mengelakkan kulit daripada kering atau menggelupas.
Niacinamide: membantu mengecilkan liang pori yang membesar, mengurangkan masalah jerawat, dan membantu merawat kulit yang rosak.
Saccharide Isomerate: membantu memberi penghidratan yang cepat dan tahan lama.
Natural Phyto: Membantu pembaharuan kulit dan mengurangkan kegatalan atau iritasi pada kulit sensitif.

ORYN CLEAR GEL (Untuk Jerawat) 
Dirumus secara khusus dengan bentuk Vitamin C yang stabil tinggi yang membantu merawat jerawat dan cela. Gel yang jernih dan ringan ini mengekalkan tahap pH yang mesra kulit yang akan membantu mengurangkan jerawat.

Membantu melawan jerawat
Meringankan tanda jerawat
Meringankan bintik-bintik gelap
Membantu mencegah noda
Membantu mengurangkan kulit rosak

Vitamin C: Membantu mengurangkan cela kulit, mengawal pengeluaran sebum, dan mencerahkan bintik-bintik gelap.
Silanediol Salicylate: Mengandungi bahan Anti Radang dan Anti Radikal Bebas yang membantu merawat masalah kemerahan dan jerawat yang kelihatan.
Ekstrak Aloe Vera: Bahan semula jadi yang membantu menenangkan dan mengurangkan kegatalan pada kulit.
Niacinamide: Membantu mengurangkan pori-pori yang membesar dan mengurangkan pengeluaran sebum yang menyebabkan jerawat.
Allantoin: Mengandungi sebatian semulajadi yang membantu menenangkan, menjana semula, dan menyembuhkan kulit.

5-IN-1 HYDRABRIGHT MOISTURIZER 
Pelembap premium yang dikuasakan oleh ramuan pelbagai tindakan baru untuk memberikan penghidratan yang kuat, mengurangkan tanda-tanda penuaan pertama untuk kulit yang berseri dan kelihatan muda, dan membantu mencerahkan kulit dengan lembut.

Apa yang 5 dalam 1 tu? Ini dia!
Pelembap - Penghidratan
Serum - Mencerahkan
Primer - Pangkalan Halus
Anti Kedutan - Mengencangkan
Krim Malam - Menyuburkan

Vitamin C: Meningkatkan sintesis kolagen dan meningkatkan kekencangan kulit, antioksidan yang sangat baik, mengurangkan tanda tanda usia dan memperbaiki penampilan kulit yang berjerawat. Ia juga membantu sekatakan warna kulit dan mencerahkan kulit.
Sodium Hyaluronate + Panthenol: Membantu kulit anda mengekalkan kelembapan lebih lama - ia melembapkan, memyerikan kulit, dan mencegah kulit anda daripada terlalu kering, atau iritasi.
Niacinamide: Membantu mengurangkan liang pori yang membesar, mengurangkan masalah jerawat, memperbaiki warna kulit yang tidak sekata, melembutkan garis halus dan kedutan, dan membantu merawat kulit yang rosak.
Saccharide Isomerate: Bahan semula jadi 100% ini mengikat pada lapisan luar kulit, memberikan penghidratan yang cepat dan tahan lama sehingga 12 jam.
Natural Phyto: Mengandungi Comfrey Plant dan Aloe Vera yang bertindak sebagai agen anti-radang, pelindung kulit, membantu pembaharuan kulit dan mengurangkan pecah atau kerengsaan pada kulit sensitif.
Hexapeptide: Peptida pertama untuk mengurangkan kedutan ekspresi, yang berfungsi sama dengan Botox tetapi lebih selamat dan lebih lancar. Peptida anti-kedut ini mengurangkan penampilan jumlah dan panjang kedutan hanya selepas penggunaan 1 minggu.

So after 3 week FD kekalkan rutin penjagaan kulit dengan Oryn Skincare ni, memang terbaik! Harga pun berbaloi. Memang boleh dikatakan produk world class lah. InshaAllah akan repeat kalau stok dah habis kat tangan ni 😅 nampak je kecik tapi tahan lama tau!


Pada yang berminat nak dapatkan Oryn Skincare atau nak tau info lebih lanjut boleh lawati website atau sosial media Oryn Skincare yang ada ya. Confirm korang takkan menyesal lah!


Website: https://orynskincare.com/

Facebook: https://www.facebook.com/orynskincarehq/

Intagram: https://www.instagram.com/orynskincaremy/

No tel: 018-266 8765

Alamat: 3484, Jalan Puchong, Batu 7 1/2, Taman Kinrara Seksyen 2, 47100 Puchong, Selangor.

You May Also Like

15 comments

  1. wow menarik! Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. nampak kelas packagiing dia yer tapi paling tertarik dengan moisturiser dia yang 5 in 1 tu , nanti bolehlah nak cuba sebab dah masuk usia 42 ni kulit kena jaga lebih

    ReplyDelete
  3. packaging cantik, simple je. banyak skincare sekarang, so better pilih yang ada bahan semulajadi.lebih baik untuk skin

    ReplyDelete
  4. OK. Rawlins teringin nak cuba the 5-in-1 moisturiser. And it's a Malaysian product kan - so let's support local products kan.

    ReplyDelete
  5. First time dengar nama brand ni. Ada jual kat mana selain website kak? Watsons or Guardian ada ke? Tertarik dengan ingredients produk ni. Pastu for all skin type. Bleh la cuba nanti.

    ReplyDelete
  6. Clear Gel tu nampak bagus tu, nak share kat anak Sis laa, dia ada masaalah jerawat.. mana tau serasi bila memakai Oryn ni..

    ReplyDelete
  7. Ingredients dia best2, ada vitamin c, niacinamide, dgn allantoin sekali. Kira utk yg berjerawat dan parut jerawat memang sesuai la ni.

    ReplyDelete
  8. 1st time tengok jenama ni. Bagus yaa bahan asasnya semulajadi. Tentu gentle for skin. Tertarik juga nak cuba cleanser dia tuuu.. Packaging cantik!

    ReplyDelete
  9. Menarik. Packging pon simple n nice. Lagi satu harga dia murahhhhhh macam ni lah kita nak harga murah. kualiti tiptop .sukaa sbb ade vit c dalam tu

    ReplyDelete
  10. menarik juga produk Oryn ni. pernah dengar tapi tak pernah guna lagi. nice review FD. cantik la theme baru blog dia fewwwit...

    ReplyDelete
  11. Bagus ni utnuk jerawat dna kedutan. Kita ni ada masalh kulit sensitif.. Hehehe. Tengok packaging pun best. Satu set lengkap

    ReplyDelete
  12. macam tak pernah jumpa lagi skincare yang ada Hexapeptide ni. Boleh nampak muka anjal la sebab function macam Botox.

    ReplyDelete
  13. Yela first time dengar brand Oryn. Packaging dia lain daripada yg lain. Tak nampak macam produk skincare taoi nampak macam supplements punya packaging. Haha

    ReplyDelete
  14. boleh tahan jugak the price for a complete range of 3 products. need to check them out soon to see if they work!

    ReplyDelete
  15. This Oryn Skincare brand is new to me, packaging pun nampak menarik. Will check out their website.

    ReplyDelete