Kempen Kembali Ke Sekolah Faber-Castell
Kempen Kembali Ke Sekolah Faber-Castell
Untuk Pupuk Kreativiti dan Imaginasi Kanak-Kanak
Faber-Castell Malaysia melancarkan kempen Kembali ke Sekolah tahun ini dengan tumpuan memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Syarikat tersebut percaya bahawa ini akan merangsang perkembangan otak di kalangan anak-anak kecil.
Menurut Andrew Woon, Pengarah Urusan A. W Faber-Castell Malaysia Sdn Bhd, pilihan produk alat-alat tulis yang tepat adalah faktor penting yang akan menyumbang kepada perkembangan otak anak-anak kecil. "Set alat-alat tulis yang baik akan mempertimbangkan pengalaman pembelajaran mereka serta meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Contohnya, pensel Tri-Grip dan Grasp Crayon direka khas untuk penggunaan yang selesa supaya kanak-kanak suka menggunakannya dan membangkitkan minat mereka untuk belajar", kata Woon.
Berdasarkan kualiti serta kesungguhan penyelidikan dan ketabahan jenama Jerman, Faber-Castell telah menghasilkan produk rekaan ergonomik. Dengan produknya, matlamat Faber-Castell ialah untuk menawarkan pengalaman kreatif yang akan memberikan keseronokan dan inspirasi kepada pelanggan.
Sempena pelancaran kempen Kembali ke Sekolah, empat set Castle Heroes yang memberikan inspirasi telah diperkenalkan. Set-set tersebut merangkumi set keperluan sekolah yang lengkap dengan alat-alat yang diperlukan untuk kegunaan sekolah, set melukis yang termasuk satu set kad lukisan kreatif, set pensel mekanikal dan satu set pemadam yang mengandungi 3 pemadam.
"Colour to Life" adalah aplikasi digital yang terkini dari Faber-Castell Malaysia untuk membawa kemajuan dalam aktiviti mewarna dan melukis. Set ini termasuk buku pewarna, set warna Connector Pens, dan app hidupkan watak-watak buku dengan pewarna. Buku pewarna Augmented Reality (AR) ini adalah yang pertama seumpamanya yang dihasilkan oleh syarikat alat tulis.
Acara pelancaran kempen Kembali ke Sekolah ini juga menyediakan persembahan 24 orang kanak-kanak berumur dalam lingkungan empat hingga 16 tahun dari Trinity Community Children's Home. Rumah kebajikan tersebut jugak diberi tajaan bekalan alat tulis setahun oleh Faber-Castell Malaysia untuk memenuhi program tanggungjawab sosial korporat.
Sempena kempen Kembali ke Sekolah tahun ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk memupuk kreativiti yang disediakan untuk orang ramai seperti peraduan "Spot, Snap and Win" serta aktiviti mewarna di lokasi dan bengkel kreatif Tack-It di lokasi beli-belah terpilih di seluruh negara.
Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik bagi para pelanggan, Faber-Castell Malaysia juga bekerjasama dengan KidZania untuk menawarkan diskaun istimewa bagi tiket masuk ke KidZania dengan pembelian pensel warna Slim-Flexi atau pensel warna Watercolour Faber-Castell. Dengan setiap resit pembelian, pelanggan layak membeli sehingga empat tiket dengan diskaun 35 peratus dari 1 November hingga 31 Disember 2019 dan diskaun 40 peratus dari 1 Januari hingga 31 Mac 2020. Di samping itu, satu peraduan mewarna yang dianjurkan oleh Faber-Castell juga akan berlangsung dari 1 hingga 30 November 2019 di mana lembaran pewarna boleh didapati dari KidZania atau dengan memuat turun dari Facebook Faber-Castell Malaysia.
0 comments