Santai petang di D'Rumoh Pata dengan blogger Ganu

by - September 07, 2019


Assalamualaikum semua!

Hujung bulan lepas FD dan blogger Terengganu yang lain buat gathering antara kami sebab nak sambut birthday baby August. Asalnya plan dari Kak Huda. Terima kasih Kak Huda!

Lokasi untuk kami berkumpul di D'Rumoh Pata.


First time FD pegi DRumoh Pata ni walaupun dah tinggal kat Terengganu ni 7 tahun. Hehe. Baru la tau ada tempat cantik macam ni untuk santai dengan kawan atau pun keluarga.


Kemudahan seperti surau dan tandas pun ada. So tak perlu risau kot teragak agak terlepas waktu solat ke apa ke. Pegi je kat surau yang sedia ada.


Nak bagi anak anak mandi tepi pantai pun boleh, inshaAllah selamat. Setakat celup celup kaki tu okay dah. Budak budak pun seronok.


Buaian pun ada jugak. Cantik kalau nak ambik gambar tepi pantai.


Kat D'Rumoh Pata ni bukan setakat masakan panas je yang ada tau. Ada western, dessert, satay dan macam macam lagi. Confirm pening taktau nak makan yang mana. Hehe.
Antara menu untuk kami yang dewasa:


Gambar dari kak Dedeq
Kengsom Siakap 
Kailan Ikan Masin 
Ayam Bawang Putih 
Tulang Goreng 
Siakap 3 Rasa
Sup Sayur Udang

Tulang Goreng


Siakap 3 Rasa


Kengsom Siakap


Ayam Bawang Putih


Untuk budak budak menu nye nasi goreng putih, bihun goreng, nugget, dan fries. Satay tu kira side dish gituu. Memang suka la budak budak dapat makan camni. Boleh dapat kawan baru jugak.

Image may contain: 9 people, including Yaya Azura, Ina Lia, Shahada Fauzi, Hazirah Mohd and Nurul Syamimi, people smiling, people sitting, people standing and ocean
Baby August nye 4 orang je. Yang lain saje nyelit 🙈


Kena guna banyak meja sebab ramai gathering ni. 7 family ada tau 😆 masing masing bawak anak anak. FD je datang berdua dengan anak sebab encik suami keje.


Akhir sekali, its a wrap! Meriah sangat tau dapat kumpul ramai ramai macam ni.


Harap boleh berkumpul lagi macam ni next time 😊


Lokasi: D'Rumoh Pata, Kampung Pak Tuyu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
No tel: 016-920 6940
Waktu niaga: 5 petang - 1 pagi
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Drumoh-Pata/710747815793109
Instagram: https://www.instagram.com/drumoh_pata/

You May Also Like

4 comments