Hotel Di Terengganu Dengan Pemandangan Indah di Tepi Pantai?
Assalamualaikum, dan hai!
Terengganu dikenali dengan tempat pelancongan, lagi lagi dengan banyak pulau yang ada di Terengganu ni seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan macam macam lagi. Dah nama pun pantai, mesti kite nak duduk dekat view yang cantik tepi pantai sambil tengok sunset, kan?
Ada lebih kurang 21 buah hotel di Terengganu yang mempunyai pemandangan yang best di tepi pantai antaranya:
1. Sutra Beach Resort
Baru tengok gambar, dah rasa macam nak pergi terus. Resort ni terletak di Batu Rakit, Terengganu. Tak payah nak bercuti kat pulau pun takpe. Nak bermalam untuk bersantai pun not bad. Staff di Sutra Beach Resort semuanya peramah. Walaupun cuma status 3 bintang, layanan masih tiptop!
Nak buat surprise candle light dinner kat pasangan pun menarik ni 😍 sweet sangat!
Harga bermula dari RM200 untuk 1 malam.
2. The Manor Beach Resort
Bagi yang sukakan keindahan alam semulajadi, nak tengok yang warna hijau je keliling, sesuai sangat kalau nak menginap di The Manor Beach Resort. Dah tentu rasa tenang, relax je masa bercuti. Resort ni terletak di Besut, Terengganu. Sebelum naik bot nak ke Pulau Perhentian, boleh lah singgah tido satu malam kat Besut, tak gitu? 😋
Nampak je macam kawasan kampung, siap ada kolam tau. Seronok la anak anak bila menginap di hotel yang ada kolam ni. Satu malam bermula dengan RM200 ke atas untuk 1 bilik. Padan lah dengan kelengkapan yang tersedia, kan?
3. Redang Paradise Resort
Sebut pulau je, macam macam nama pulau yang kite terfikir dalam minda kite. Pulau Redang salah satu tempat bercuti yang best. Dan tarikan pelancong juga.
Tengok bilik nampak klasik, teringat macam cerita Doraemon pun ye. Sebab macam klasik Jepun, gituu. Nampak neat and clean. Sangat kemas dan teratur.
Tengok la view depan resort, airnya yang jernih tu. Memang seronok tengok air bersih tanpa ada sampah atau apa apa barang buangan. Alhamdulillah masih ada pulau yang bersih di muka bumi ni.
4. Teluk Lipat Seaview Inn
Yang ni sangat sesuai pada parents atau family yang nak hantar anak pergi belajar kat Dungun, atau anak tengah cuti sem ke, boleh la stay sini few days lepas hantar anak belajar. Pada yang duduk jauh tu sesuai lah kan. Kesian kat si ayah nak drive jauh jauh. Takkan nak ulang alik dalam satu hari, ye tak?
Dengan keluasan bilik besar ni, confirm tidur lena satu family.
View pulak memang mengadap pantai pulak tu. Just nice bak kata orang putih, hehe.
Untuk resort ni pulak 1 malam bermula dari RM149+
5. Anggun Beach Guest House
Kalau taknak duduk kat resort di Dungun tu, menginap kat guest house pun okay. Baru rasa macam rumah sendiri. View pun depan pantai jugak. Keluar rumah, jalan kaki depan sikit, nampak pantai dah.
Kemudahan dapur pun lengkap. Senang untuk yang lebih selesa makan masakan sendiri. Tak perlu nak membazir masa nak cari restoran atau gerai makan dah. Puas hati jugak masak sendiri kalau nak tambah makan banyak kali 😁 mana tau tetiba lapar tengah malam, kedai pun takde yang bukak. masak sendiri jugak sudahnya.
Ruang tamu pun luas. Siap ada televisyen. Boleh santai santai dengan family tengok cerita until midnight. Takde lah bosan sangat kalau takde aktiviti nak buat.
Untuk guest house pulak harga bermula dari RM76+ per night. Bergantung kalau nak sewa bilik atau the whole house 😄
6. Samudra Beach Chalet
Bila plan nk bercuti kat Pulau Perhentian, mesti pening sebab banyak yang mahal mahal je. Don't worry! Samudra Beach Chalet murah okay! RM105 dan ke atas range price kat situ. I've been there too masa honeymoon haritu. Sangat selesa dan betul betul spend time together. Campak all social media. Just enjoy you day.
FD sendiri personally lebih prefer bilik kayu gitu. Sejuk je tau. Takpayah nak booking bilik aircond. Sebab natural sejuk. Nyamuk pun takde tau tempat macam ni. Petang petang pegi snorkling, jalan tepi pantai. Asyikkk! Hehe
Selebihnya korang boleh survey di post ni yang berjudul 21 Hotel Di Terengganu Yang Best Dengan Pemandangan Indah Di Tepi Pantaiuntuk lebih banyak pilihan hotel yang ada view pantai cantikk.
8 comments
terbaik.... thank you for the sharing. :)
ReplyDeleteyou're welcome :)
DeleteBestnyaaaa. Saya lahir terengganu tp duduk selangor. Tapi, selalu jugaklah balik kg terengganu kan. Cumanya tulah, tak dpt lagi nak jenjalan travel around the terengganu. Pulau2 dia tuuuu. Dahlah semua pulau2nya pantainyaaa mmg cantikkk sangatttt huhuhu
ReplyDeleteada masa nanti pegi la jalan kat pantai. memang cantik semua view
DeleteWahhh cantikkknya tempat ini
ReplyDeletesemua tempat cantik2!
DeleteRabia suka pergi hotel sutra Beach resort
ReplyDeletemesti ada buat review tido situ kannn
Delete