KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

by - May 01, 2019


[ VIRAL ] KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!



Sila tonton video sampai habis.

Sayu sangat bila FD tengok video seorang usahawan yang berjaya ni. Orang kurang upaya pun gigih cari rezeki, inikan pulak kite yang cukup sifat? Takkan kite nak tengok orang berjaya je kan? Jadikan ini inspirasi dalam hidup korang. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.


Luahan di Facebook beliau sangat terkesan….


Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape aku nak , mampu makan yang mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye orang diluar sane nak jadi macam aku , nak banyak duit mcm aku , nak bahagiakan family mereka macam aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...



kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saye haus , lapar , penat , takde orang disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat ..

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain ...

Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yang suke bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat giveup bile ade cabaran !!

Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan , senyuman ramai orang2 disekeliling aku ..

Kini aku sedar .. untuk berjaya dalam kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yang kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yang tinggi , suka belajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yang ade dalam diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

You May Also Like

8 comments

  1. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  2. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  3. there's a lot to ponder on this

    ReplyDelete
  4. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  5. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  6. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  7. Insan hebat...sangat kagum dengan beliau

    ReplyDelete
  8. usaha dia yang tak kenal putus asa. rezeki kalau Allah nak kasi..
    insyallah murah rezeki kita semua juga =)

    ReplyDelete