Unicornetto? Macam mana rasanya?

by - February 09, 2019


Assalamualaikum

Viral dah aiskrim bak unicorn ni tau sebabnya dia colourful cantik sangat. Warna pastel gitu. FD pun tak lepaskan peluang untuk cuba aiskrim Unicornetto keluaran terbaru dari Walls ni.

Packaging comel sangat corak dia. Siap ada kepala unicorn atas tu 🦄

Lepas unwrap, TADAA!
Warna aiskrim pun pastel tau. Bukan setakat packaging je warna pastel.

Rasa: aiskrim macam vanilla tapi macam cotton candy, taktau nak describe. And ada strawberry jam kat tengah tengah aiskrim. FD tak berapa minat sangat sebab ada rasa masam and manis.
Harga? FD tak ingat sebab masa bayar tu campur dengan barang lain sama, resit pun dah buang 😂

Aiskrim ni available kat 99 Speedmart. Kedai kat tempat isi minyak pun ada cuma tak pasti yang mana. Petron ke Shell ke. 7e takpasti jugak sebab tak pernah nampak.

Rate untuk aiskrim ni?
7/10 je FD boleh bagi.
Nak repeat? Maybe nope. Lebih prefer yang vanilla biasa walaupun FD ni peminat coklat, hehe 😆

You May Also Like

7 comments

  1. blm try lagi aiskrim viral nii. comel jee tengok

    ReplyDelete
  2. sha pun tak berapa nak bekenan dengan aiskrimni :P tak kena tekak

    ReplyDelete
  3. Harga dia RM3.20. Heheh. Lawa kemainn macam unicorn kan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh? haha thank you share. kan? lawa je eskem pun

      Delete