Hotel yang menarik di Ipoh!
Assalamulaikum! 😊
Ipoh ni banyak tempat yang best kalau korang ada plan nak bercuti. Ada banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Lagipun ramai jugak yang ada kerja kat sini yang datang dari luar Ipoh. Betul tak? Dah jadi macam bandar yang sibuk. So disebabkan itu, artikel FD kali ni FD nak kongsikan info dengan korang semua pasal hotel-hotel yang korang boleh duduk selama korang berada kat Ipoh. Hopefully kalau korang dah tau nanti korang leh book kat Traveloka untuk Ipoh Hotels yang available.
Kalau korang pernah berangan nak jadi French kan, ada satu hotel yang sesuai untuk korang. Nama hotel tu ialah Ipoh French Hotel. Ipoh French Hotel ni ada 48 bilik, hotel yang berkonsepkan business dan family oriented di tengah-tengah bandar Ipoh. Hotel ni menyediakan persekitaran yang sangat bersih, suasana bebas asap di semua kawasan. Hotel ini dilengkapi dengan kemudahan yang baik dan dikendalikan oleh staff front desk yang mesra dan caring dan sentiasa ada 24 jam. Harganya juga harga mampu milik.
Bilik superior queen di Ipoh French Hotel
Hotel yang seterusnya pulak adalah WEIL Hotel. Lokasi diorang yang connect dengan Ipoh Parade Mall, memudahkan hotel guest untuk sampai ke pusat membeli-belah tanpa hujan atau panas. Hotel ni dijadikan sebagai main place untuk menginap, makan, membeli-belah dan enjoy. Historical town pun dekat je. Berjalan-jalan di sepanjang bandar sepanjang hari dan kedai sampailah korang turun di Ipoh Parade Mall selepas makan malam bufet yang best giler di TIFFIN. Korang boleh jugak tengok filem di pawagam, pergi main bowling atau dapatkan massage Thai sekiranya korang terlalu letih berjalan seharian.
TIFFIN Buffet di Weil Hotel
Selepas itu, korang boleh pergi kat tingkat paling atas dan dapatkan Bar Rooftop - The Deck - dan nikmati beberapa minuman atau makanan ringan sambil menikmati pemandangan malam bandar Ipoh. Cantik tau view malam malam.
Korang juga boleh berenang di Kolam Infiniti Hotel ini.
If you guys into boutique hotel, M Boutique Station-18 paling sesuai untuk korang. Design dia memang cantik dan korang confirm rasa selesa dengan biliknya yang bersih. Hal nak check in dan check out memang lancar sebab staff di hotel ni effisien. Selain tu, hotel ni korang boleh dapat makanan yang sedap. Reputasi dia dah terbukti based kepada review orang yang pernah pergi kat M Boutique Station-18 ni.
Salah satu bilik di M Boutique
Lokasi next hotel ni kat bandar luar Jalan Sultan Iskandar dan berdekatan dengan kedai-kedai, business centre dan entertainment centre, MU Hotel yang ada 113 bilik ni jarak dia 10 minit dengan kereta dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan 4 minit dari Stesen Kereta Api The Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Korang kalau book hotel ni boleh naik flight terus senang.
Semua bilik dia besar dan luas, moden dan mempunyai suasana yang tenang yang dapat rejuvenate semangat korang. Hotel ini mempunyai restoran, barista, bar atas bumbung dan 4 function room moden, menjadikannya sempurna untuk orang yang datang untuk bercuti atau datang untuk buat kursus atau seminar.
The Haven Resort Hotel, Ipoh - All Suites menawarkan servis yang perfect dan semua facilities penting untuk keselesaan korang. Kalau korang nak mencari penginapan yang selesa dan mudah di Ipoh, The Haven Resort Hotel, Ipoh ni korang jadikan sebagai rumah korang yang sebenar. Dia terletak di dalam bandar dan boleh drive kejap je dari pusat bandar. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan korang sentiasa ada je benda nak buat. Senarai lengkap aktiviti rekreasi yang korang boleh buat kat hotel ni, termasuk gelanggang badminton & skuasy, kolam renang 5 tingkat, spa dan fitness centre. Dengan lokasi yang ideal dan kemudahan sepadan, Hotel ni akan buatkan korang sangat puas hati. The Haven Resort Hotel, Ipoh mempunyai suite-suite yang luas dan mewah. Free Wifi pun disediakan. Setiap suite mempunyai TV skrin-rata 42-inci, aircon, ruang duduk, ruang makan dan private balcony. Restoran di hotel ni menyediakan makanan tempatan, Asia dan Barat. Taman permainan pun ada. Larian yang menyihatkan badan dapat dinikmati di trek jogging di lokasi. Hotel ini terletak dalam jarak 25 minit drive dari Terminal Bas Ipoh, Lapangan Golf Royal Perak dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. The Lost World of Tambun Theme Park hanya 5-minit memandu jauhnya. So guys this is one of your choices so that u can stay for a while kat Ipoh ni.
14 comments
menarik. nampak selesa.. menu pun nampak terbaek :)
ReplyDeleteyup, semua hotel ni selesa!
DeleteWahh nampak selesa tidur hotel kat sini.
ReplyDeletehehe kannn
DeleteTd lalu M Boutique hotel tu. Memamg nampak cantik sgt.
ReplyDeletekat luar dah nampak cantik, apatah lagi kat dalam kan? ;)
Deletecantik!
ReplyDeleteyassss
DeleteCantiknya bangunan dan bilik dia tu.. kolam kat atas tu pun cantik. Bestnyaaa
ReplyDeletekolam tu yg best boleh tengok view dari atas
DeleteIpoh best. nak jalan2 n jjcm pun best. sebab dia tengah2 utara-selatan orang boleh senang nak singgah =D
ReplyDeletehehe betul tu! jenis suka cari makanan lagi besttt
Deletewahh nt bolehla try m boutique tu mcm best je..huhu
ReplyDeletetry jangan tak try, hehe
Delete