Bayi kekal kering dan selesa dengan diapers Jolly Tots ComfyDri!

by - December 22, 2018


Assalamualaikum 😊

Alhamdullilah FD terpilih menjadi salah seorang tester bertuah dalam Home Tester Club. Produk yang FD terima adalah diapers Jolly Tots ComfyDri. FD terima diapers ni pada 12 November yang lepas. Kebetulan masa tu diapers Fayyra pun dah nak habis, macam tau tau je perlukan diapers 😂


Masa apply tu FD request size S sebab rasa masa tu Fayyra kecik lagi, tak perlu size M. Tak sangka pula masa terima produk ni Fayyra dah besar sikit, haha! Sebabnya tang peha dia, kena ambik size M. Tapi nasib baik lah cutting diapers ni besar. Memang lebar diapers ni. So tak perlu risau tak muat ke apa ke.

Sedikit info tentang diapers Jolly Tots ComfyDri:
Lampin bayi Jolly Tots diperbuat daripada 100% Superior Absorbguard yang diimport dari Jepun untuk penyerapan yang lebih banyak dan pantas. Lampin bayi yang sangat selesa ini juga padat dengan tambahan perlindungan kekeringan yang mampu bertahan sehingga 15 jam, agar si manja anda boleh bermain dengan aktif pada waktu siang dan tidur lena tanpa gangguan sepanjang malam. Kini tiada lagi kebimbingan tentang kebocoran kerana lampin bayi Jolly Tots mempunyai bahagian pelekat dalaman dengan sisipan automatik istimewa di bahagian tepi yang berukuran sehingga 3.5 cm bagi mencegah kebocoran pada bahagian tepi lampin.
Serlahkan keceriaan bayi anda dengan Lampin Bayi Jolly Tots untuk kekeringan dan keselesaan yang berpanjangan!


Packaging warna purple, diapers pun warna purple 💜


Corak haiwan yang comel di diapers Jolly Tots.

Kalau korang perasan ada garisan kuning kat bahagian bawah. Kat situ lah mommies boleh tengok kalau diapers anak dah penuh atau belum sebab garisan tu akan bertukar warna kalau diapers dah penuh atau berat. So mommies tak perlu la nak pegang nak rasa diapers anak tu berat ke ringan ke. Contoh garisan kuning bertukar warna kat bawah:


Magic! Garisan kuning akan bertukar warna hijau kebiruan gitu. Atau biru kehijauan? Entah lah, haha 😅
walaupun penuh, ianya tak bocor! Baby pun tak meragam sebab diapers tak rasa basah pun. Sebab tu baby selesa je tidur malam.


Fayyra selesa dengan diapers Jolly Tots ComfyDri.
Thank you Home Tester Club!

You May Also Like

8 comments

  1. Amboi myka ada happy si comek tu. Mesti sebab selesa pakai diapers Jolly Tots ComfyDri ni ye.

    ReplyDelete
  2. Jolly Tots? ?Tak pernah dengar pasal jenama ni .Baca entry ni baru tahu. Bagus juga ye diaper ni beri keselesaan pada anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe baru je ada jual kat Giant :) selesa yg penting!

      Delete