50GRAM x Swanicoco Lipstick: Juliet Red

by - October 02, 2018


Assalamualaikum 😊

Post kali ni FD nak share tentang lipstick! Yes girl, lipstick. Jarang tau FD nak share pasal barang makeup or beauty ni. Sebab FD sendiri tak fanatik mana tentang beauty. Tapi ada sebab kenapa FD nak share pasal 1 produk ni.

50GRAM x Swanicoco Lipstick: Juliet Red
Ini first time 50GRAM berkolaberasi dengan Swanicoco.
Apa tu 50GRAM? Apa tu Swanicoco? Let me explain

50GRAM ni online shop pertama yang buat servis delivery bunga. Eh, tetiba bunga pulak? Tadi kata nak share pasal lipstik, kan? Hahaha. Jangan marah. Tu pasal 50GRAM, yang collab dengan Swanicoco.
Swanicoco pula mengeluarkan barangan kosmetik antaranya pencuci muka, mandian, makeup, dan macam macam lagi. Swanicoco memang menggunakan bahan nature. Produk pertama yang Swanicoco keluarkan adalah sabun. By the way, sekarang ni Swanicoco adalah top natural cosmetics company di Republic Korea. So, memang kena lah dengan perkataan Nature kat bawah logo Swanicoco tu sebab mereka memang mementingkan kualiti dan bahan semulajadi.

Yang FD nak fokuskan kali ni lipstik keluaran baru Swanicoco;
50GRAM x Swanicoco Lipstick: Juliet Red
Show The Velvet Lipstick Black Edition code Juliet Red. Yang ini limited edition tau. Sebab apa limited? Sebabnya Swanicoco cuma keluarkan sikit je produk ni dan takkan dikeluarkan lagi. They won't restock this gorgeous liptick.

50GRAM x Swanicoco Lipstick: Juliet Red
Tengok warna merah menyala tu, menggoda sangat tau bila apply kat bibir.

Lipstick ni long lasting, dan melembapkan. So pengguna tak perlu risau kalau bibir kering ke apa ke sebab bahan yang melembapkan bibir ni adalah natural oil dan carnauba wax ni melembutkan.
1 lagi yang FD suka tentang lipstick ni adalah packaging dia. Kalau korang tengok betul betul, ada jalur bawah tu. Its very secure tau! Sebabnya, korang kena twist dulu penutup then baru boleh cabut cap tu. Kalau yang ada anak kecik, tak perlu risau la kalau lipstick kena main dengan anak 😂 biasanya tu lah masalah mak mak.

Bape pulak harga lipstick ni? Okay, harganya adalah RM98.72 RM88.85! Yes, tengah sale sebab produk baru launch 18hb September baru ni. Dah tau limited edition, kena lah grab cepat cepat!



So pada yang berminat dengan lipstick ni, boleh tengok kat website
https://50gram.com.my/

You May Also Like

6 comments