Dapat jugak bercuti di Pulau Perhentian
Assalamualaikum, haiii 😊
Lepas dah kahwin, FD pun berhenti keje dah. Alaa keje jurujual je. Tapi tu lah, rasanya nak fokus dalam rumahtangga dan blog je. Taknak keje luar. Baru lah banyak masa dengan suami, tak gitu? Hehe 🙈
So, saje lah plan nak bercuti kat Pulau Perhentian. Yelah, tinggal kat Terengganu dari 2012 tapi sekali pun tak pernah jejak kaki kat pulau yang hot tu. Nak tunggu family bawak, memang lambat. Abah sibuk dengan keje sampai takde masa nak berjalan jauh. Takde lah jauh mana. Dalam Terengganu jugak, ye dak? Bila dah kawin ni, senang sikit nak bergerak ke mana mana. Nasib dapat suami yang melayan je kerenah isteri 😂
FD pegi Pulau Perhentian ni tak beli pakej pun. Cuma booking hotel je. Tu pun booking kat booking[dot]com. FD lagi prefer booking situ je sebab lagi murah dari yang lain. Atau korang ada cadangan website lain yang lebih murah? Just drop kat komen kalau ada 😉
FD booking bilik kat Flora Bay Resort. Situ je deal paling murah untuk 3 hari 2 malam. Untuk 3 hari cuma RM296.80 termasuk GST. Tak sampai RM300 tau. Makan tu sendiri lah sebab tak termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dengan makan malam. Tu semua sendirian berhad, hehe. FD book hari biasa, bukan waktu cuti sekolah. Sebab tu murah sikit rasanya. And duit tambang bot nak ke pulau tu RM60 seorang. Nombor telefon FD tak ingat nak save tapi ingat nama bot tu Belalang Holiday. Kalau rajin korang search lah. Pastu ayat sikit kot boleh dapat murah sebab kebiasaannya tambang bot harga dia RM70 seorang.
Kat sini FD share dengan korang gambar bilik Flora Bay Resort.
Bilik katil double. Mengadap pantai 🌊
Dalam bilik ada kipas dan aircond. Also ada meja solek dan almari (terlupa nak ambik gambar). Siap ada peti sejuk kecik tu tau. Cuma 1 je lah, takde televisyen dalam bilik. Nama pun bercuti nak berehat kan. Rehat betul lah kepala otak. Phone pun takde usik mana setakat nak tengok jam je.
Toilet memuaskan. Tak kotor. Bersih je. Siap ada water heater tau.
Gambar luar bilik FD tak ambik. Terlupa jugak. Terlampau asyik tengok air pantai. Tapi FD share gambar dari Google lah ye
Full view dalam bilik tapi bilik kami takde karpet tu lah 😓
View luar bilik
Sampai je pulau duduk lepak kat buai kejap ambik angin.
Cantik sangat view kat Pulau Perhentian ni.
Best sangat masa kat Pulau Perhentian tu. Orang tak ramai mana masa FD dengan suami kat sana. Kami checkin sana 7hb Mac hingga 9 Mac 2018. Rabu, Khamis Jumaat. Yang ada masa tu ramai pelancong je. Oh ya, Flora Bay ni kat Pulau Perhentian Besar. Pulau ada 2 jenis. 1 lagi Pulau Perhentian Kecil. Kat sana bebas sikit lah, berbeza dengan Perhentian Besar. Maksud FD bebas ni ada aktiviti bebas. Faham sendiri lah bebas yang macam mana. So tak sesuai lah dengan kitorang jenis nak ambik mood berbulan madu ni 😉
Bab makan kat sana memang kena standby RM15 paling koman untuk sekali makan. Nasi goreng harga dalam RM7-9 macam tu. Kat sana FD kerap order milo ais je. Segelas Milo ais RM6. Gelas besar boleh tahan lah. Nasib habis. Kalau breakfast kongsi je dengan suami sebab memang jarang sarapan pagi. Hari ke tiga pun tak keluar breakfast. Membuta je sampai nak checkout 😂 liat weh nak bangun tidur sebab sana pagi pagi pun sejuk je rasa. Tak panas mana pun. Pasang pulak aircond. Taknak lepas bantal. Tapi nak taknak, kena jugak checkout. Tak memasal kena extra charges tambah sehari pulak. Mana nak cekau duit. Bukan ada ATM kat pulau 😂
Kos bercuti kat Pulau Perhentian:
Bilik double bed - RM300
Makan - RM100 (for 2 person, bukan sorang ye)
Tambang boat - RM60 per person
37 comments
masa zaman uni dulu pernah tidur dekat Fauna adik beradik Flora...
ReplyDeletetapi pernah pergi sendiri, tidur dekat tempat lain and paling best suma include, tiket bot pergi and balik, makan 3 kali sehari, snorkeling, but less than RM250.. tapi tahun 2015 lahhh.. heee
murah gila RM250 tapi tu lah tahun 2015 pulak. hahaha
Deletetak pernah sampai lagi kat sana... cik ash pun tak kerja dah lepas kahwin..
ReplyDeleteada masa nanti cik ash pegi la bercuti kat perhentian. best tau
DeleteBestnye holiday..
ReplyDeleteyup! besttt!
Deletelooks fun place to visit. We no go before, been busy with kids tuition.
ReplyDeleteits okay. you can go anytime :)
DeletePerhentian Kecil sgt happening dan pening hehhe. Mat & Minah Saleh mmg suka kt sana..byk hantar client kt sana .diri sendiri tak pergi lagi *sobss
ReplyDeletehaha tau takpe. bebas sgt perhentian kecil. laa kenapa tak pegi lagi?
Deleteteringin nak ke pulau perhentian jgak.
ReplyDeleteharap ada rzki nk ke sana..
inshaAllah ada la tu rezeki nanti
Deletealahai..bestnya..xpernah sampai lagi pulau perhentian..:)
ReplyDeletehehe ada masa nanti pegi la kak :)
DeleteWahhh!!! cantiknya view di Pulau Perhentian. Fatina belum jejak kaki lagi ke sana.
ReplyDeleteFatina Mudz
hehe try la pegi nanti. memang cantik view tempat ni
Deleteseronoknya.dapat juga berjalan-jalan.
ReplyDeleteJanji Kita
hehe bukan selalu bole jalan camni
Deleteteringin sngt nak ke sini. hehe. tp belum berkesempatan. pulau di terengganu mmg cantik!
ReplyDeletehehe ada masa nanti pegi la, best
DeleteBestnya pi sana..
ReplyDeletebestttt
DeleteMenarik ni.. Belum pernah sampai lagi ke Pulau Perhentian ni.. View cantik jugakkan.. Boleh masuk mdalam list ni.
ReplyDeletehehe mesti masuk dalam list!
Deletetak pernah samapai pulau perhentian..teringin nak bercuti di pulau ni
ReplyDeleteinshaAllah nanti sampai la tu :)
DeleteI have never been there before. Would love to visit with my family someday.
ReplyDeletenice! spend time with family there
DeleteTeringin juga nak bercuti kat Pulau Perhentian tu, nak main laut. Ok juga yer harga tu...
ReplyDeletehaa tu harga main redah tu >,<
DeleteMek pun tk prnah smpai kat pulau. Cam best pulak buat trip g pulau
ReplyDeletebest! nanti pegi la mek
Deletetak pernah lagi ke sini. teringin juga nak ke sini. ada rezeki nanti sampai la kot
ReplyDeleteinshaAllah :)
DeletePulau Perhentian best!! Cantik <3
ReplyDeletekannn!
Deleteteringin nak pergi pulau perhentian jugakkkk
ReplyDelete