Trendy Muslimah Style for Casual Outings

by - April 22, 2016



Sejak akhir-akhir ini, trend fesyen Muslimah semakin mendapat perhatian ramai berikutan semakin banyak koleksi pakaian Muslimah yang cukup trendy boleh korang nampak di pasaran. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat semakin ramai wanita yang kini tampil lebih selesa dengan menggayakan fesyen Muslimah style yang sopan dan pada masa yang sama cukup menarik dan simple! Mungkin ada sedikit perdebatan ketika awal trend Muslimah ini sedang meningkat naik dimana isu berfesyen dalam Islam menjadi topik perbincangan utama. Well, tanpa menidakkan atau mengiyakan mana-mana pendapat, berikut merupakan 3 muslimah styles yang mungkin boleh anda jadikan panduan ketika ingin keluar bersama teman-teman pada hujung minggu;



You know, long cardigans merupakan trend yang cukup popular pada masa kini. Bukan hanya dikalangan para hijabista, malah juga dikalangan wanita-wanita yang tidak bertudung. Pemakaian long cardigans yang loose dan selesa ini menyempurnakan sesuatu penampilan dan bagi wanita yang bertudung pula, ia menjadikan anda kelihatan lebih sopan.

Bagi remaja yang mungkin baru nak berjinak mengenakan fesyen berhijab pula mesti lebih selesa pakai seluar jeans bila nak keluar bersama rakan-rakan. Pemakaian seluar jeans ini boleh match dengan sweatshirts yang loose dan labuh atau korang boleh menggantikan seluar jeans tu dengan pakai palazzo pants atau harem pants yang berpotongan lebih longgar. 

Dan style Muslimah yang juga sesuai digayakan pada hujung minggu adalah koleksi maxi dress yang loose seperti berikut dan tambah pemakaian jacket atau cardigans sebagai outerwear anda. 

You May Also Like

1 comments