Modern Hijabista Style
Anda sering melihat wanita bertudung mengenakan baju kurung, dress Muslimah atau blouse Muslimah sebagai pakaian harian mereka. Tapi, tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi fesyen yang boleh digayakan oleh wanita bertudung untuk kelihatan modern dan trendy? Well, bertudung bukanlah penghalang untuk anda tampil bergaya atau mengikuti trend fesyen terkini. Malah, dengan berhijab juga boleh meningkatkan keyakinan anda untuk muncul sebagai fashionable Muslimah. Yang penting, anda tidak berfesyen dengan keterlaluan sehingga tampak janggal dan pelik. Berikut merupakan beberapa modern hijabista style yang diilhamkan oleh pereka fesyen terkenal dari negara jiran, Dian Pelangi.
Jika anda baru mula berjinak dengan pemakaian hijab dan masih menyimpan koleksi dress anda yang lama, apa kata jangan dibuang dress tersebut dan gayakan ia bersama sepasang seluar dan cardigan seperti berikut.
Gayakan juga blouse atau kemeja anda dengan koleksi skirts labuh yang berpadanan. Terdapat beberapa rekaan skirts yang sesuai anda gayakan seperti; flared maxi skirts, pleated maxi skirts, peplum maxi skirts, dan mermaid maxi skirts!
Tampil daring dengan pemakaian maxi jumpsuits dan anda boleh pilih sama ada ingin memadankannya dengan pemakaian outwear seperti cardigan atau baju berlengan panjang. Jangan takut untuk bereksperimen J
Dan yang terakhir, gayakan seluar palazzo yang selesa dengan padanan sweatshirt yang anda gemari. Apa yang paling penting, anda harus lebih berkeyakinan dan berani untuk bergaya!
1 comments
semua cecantik T_T
ReplyDelete