Review novel: Ketakutan

by - August 13, 2014


Assalamualaikum! ♥

Dah lama rasanya FD tak review novel. Last review bulan April yang lepas. Sekarang dah Ogos. Lama tu oii! Sebenarnya kalau nak diikutkan, nak review dua minggu sekali. Tapi selalu sangat terlupa + takde masa. And opkos sebab line internet yang tak berapa nak laju.

Novel yang FD nak review ni FD baca lama dah. Bulan Mei kalau tak silap.

Ketakutan by Aisa Linglung , Izwan Hafifi, Hasrul Rizwan , Amal Hamsan, Wan Shafiq, Gaban Morka , Amirul Bozu, Ophan Bunjos, The Bent Pencil, Nash Azly , Shafiq Helmi, Fikri Misti, Razman, Syahid Abdullah, Khrlhsym.

Ia satu lumrah dan fitrah. Daripada ketakutan muncul semangat dan keberanian. Malah ego, marah, benci, dendam, cinta juga boleh beranak dan membiak dari ketakutan. Baik ia tampak jelas di mata kasar mahupun terselindung di sebalik hijab, seru sebuah ketakutan itu dibungkus dalam buku ini.



Dalam novel ni, ada ramai penulis. So ada baaaaaanyak cerita! Memang semuanya seram seram lah baq ang! FD sendiri tak ingat kebanyakan tajuk. Yang ingat gambar tilam ada tompok darah, dengan cerita teddy bear kuning.


Tengah baca tajuk Teddy Bear Kuning sambil
ditemani teddy bear putih hadiah dari Oki Store ♥
Kau ghase?! Gila tak rasa seram tu.

Ingat dua cerita tu je lah sebab dua tu je yang paling seram. Tapi, yang memang seram gegila cerita tedyy bear kuning tu lah. Cerita ni pasal anak perempuan ni asyik mintak teddy bear kat si ayah. Si ayah ni pulak selalu sangat terlupa dan takde masa nak belikan teddy bear yang si anak ni mintak. Satu hari tu si ayah ni nampak teddy bear kuning yang nampak bersih dan elok kat pembuangan sampah. Tanpa fikir panjang, si ayah ni ambik lah patung tu dan bagi kat si anak. Lepas tu, macam macam benda yang jadi sejak teddy bear tu ada. Si anak selalu bercakap dengan teddy bear. Apa yang si anak buat, semuanya si anak cakap si teddy bear yang suruh. Si ibu tak sedap hati, lepas tu mengadu pada si ayah. Si ayah ni endah tak endah je bila si ibu mengadu. Esoknya tetiba kawan si ayah ni buka cerita pasal teddy bear. Lepas tuuuuu.....
Korang beli lah novel ni! HAHAHA! xD
Tak best lah kalau FD cerita sampai habis, kaaaaaannnn? :p


Seriously, korang kena beli novel ni.
Untuk yang jenis memang suka novel genre horror lah.

Nanti FD review novel lagi ye ♥



You May Also Like

4 comments