Maaf, FD tak buat trick macam awak
Salah seorang blogger share gambar kat fanpage FD. Terkejut jugak bila ada yang gunakan nama FD untuk share link iklan dia kat cbox blogger. Ramai yang bagi respond yang FD sendiri tak sangka. Bukannya sorang dua kena. Tapi RAMAI!
Ya Allah, kenapa awak guna nickname FD kat cbox orang? Cuma untuk dapat tingkatkan earning awak ke? Awak dengki dengan FD ke? Kalau dengki, sebab apa? Bukannya ada apa-apa yang special tentang FD pun. Awak takde nama ke? Mak ayah awak tak kasi nama ke? Haa, kan dah mula nak angin ni. Siapa awak? Baik mengaku cepat! FD tak suka tau.
Ni lah salah satu punca kenapa ada yang nak berhenti dalam dunia blogging. Fikir seronok ke jadi blogger bila ada yang tak suka kita? Bila ada yang cuba nak rosakkan nama kita? Tercabar kesabaran ni tau. Apa yang FD buat sampai awak dengki nak rosakkan nama FD ntah.
Pesanan ringkas: Kalau ada yang guna nickname FD dengan menggunakan CAPS LOCK untuk tinggalkan pesanan, jangan klik! Sebab FD tak pernah guna CAPS LOCK. FD guna CAPS LOCK untuk nickname sahaja.
atau
Sebelum klik nama FD, hover cursor pada nickname dan tengok link yang akan timbul sebelum korang klik kat nickname FD tu. Kalau link bit.ly / goo.g / atau apa-apa sahaja selain url http://www.fatindiana.com, JANGAN KLIK KALAU KORANG SENDIRI TAK IKHLAS NAK TOLONG ORANG TU TINGKATKAN EARNING DENGAN TRICK MACAM TU!
23 comments
dah agak dah, erm tape sabar kayh :) kalau orang nak income byk tapi tak halal, susah jugak..
ReplyDeletemmg ade kat cbox, huhuhu..
ReplyDeleteada jugak yang sanggup buat macam ni.. hmmm, manusiaII... bersabar ya kak fatin diana...
ReplyDeletexsepatutnyer org tu guna nama FD...mai pn byk sbnrnyer org tgglkan link iklan..mai xprasan..bila klik baru tau..kalu orr tu tgglkan pesan mintak klik iklan, mai akan klik tp xsuke la org wt cm tu
ReplyDeletesabar ye.. betul, masa blogwalking pun bnyak terjumpa nickname FD dan bila klik pada nama rupanya iklan ... hmm.. semoga Allah membalas perbuatan org tu... :)
ReplyDeletesabar .. ^^
ReplyDeleteorg zaman sekarang macam2 lahh.
ReplyDeletetak baek jek nak dengki ngan org laen. Sian FD. sabar ya :)
ada jugak orang kaut duit cam tue...
ReplyDeleteidok la berkat even earning naik pun...aihh
ReplyDeletepernah taw org link iklan kat cbox...tpi xtaw plak ada yg guna nickname org len..hmm...sabar yea FD...
ReplyDeleteDekat cbox saye punya pun pernah ada,but nasib saya tak click coz saya tahu tu link iklan. Ap2 pun sabar yea kak fatin :)
ReplyDeleteada gak dpt kat shoutbox phat tp bukan nama FD la..byk lg cara lain kan nk suh org click ni guna jugak cara ini
ReplyDeleteorang lapar duit,, gitu laaa
ReplyDeleteSelalu kena trick... tapi xkesah :-) janji jgn virus...
ReplyDeletememang selalu jea terkena, ingat nak kunjungbalas, sekali ke link iklan lak.. aish.. sabo jelah..
ReplyDeleteSabar ye FD. :)
ReplyDeletetak pe..tak pe...sebenarnye,,dalam tersirat tu dia nak bagitau awak yang awak ni hebat dari dia...dia nak jadi hebat cam awak,,sbb tu dia guna nama awak...
ReplyDeleteHuhuhu.. sabar okey? Cbox nisha pun mcm tu jugak .. :')
ReplyDeleteBetul, Qeela pon bnyk kali terkena. bukan name awk je, name yuyu zulaikha lah mcm2 lg nama ade tp link iklan. geram btol. tak pk agknye diorg ni bile buat mcm tu dpt duit haram.
ReplyDeletemenyampah betul bila orang buat macam tu!
ReplyDeleteya.saya memang tak ikhlas nak klik pada shoutboox..haha...
Sabar ya FD.
Teruknya!!!argh!!
ReplyDeleteGeram!
main kotor nie!
ReplyDeleteKesian akak :(
ReplyDelete