Hadiah contest dan giveaway! ^^

by - August 02, 2013



Parcel pertama FD terima kasa birthday FD, 27 Julai.
100 button badge untuk Blogger. Ini pun hadiah jugak. Sepatutnya dah lama tebus hadiah ni, tapi pihak sponsor tu agak busy. Menang dari bulan Februari kot. Nasib baik sponsor tu okay. Sebelum ni ada tebus jugak. Rujuk [ENTRI]. FD terima parcel untuk button badge ni pada hari Button badge ni FD ada masukkan dalam Simple Segment yang baru je tamat 31 Julai yang lepas. Baru je bape hari kot. Agak-agak ada yang nak beli tak? :p

Terima kasih Button Badge Murah! ^^v
https://www.facebook.com/buttonbadgekahwin



Yang ke dua, FD terima sampul dari Anis. Menang note book dalam Giveaway by Anis and Sufiah. Sampul tu Sarah ambik. Masa tu FD kat atas, malas nak turun. Bila FD turun, tengok2 je Sarah dah terlelap dengan note book kat sebelah dia. Mak ajuk cakap Sarah, "tu Aya punye". Hampeh betul budak kecik tu tau.

Terima kasih Anis! ^^v
http://dunianuranisamar.blogspot.com/


Parcel ke tiga, FD terima hari Isnin. Hadiah GA Ramadhan Raya by Emas Putih. FD menang dress peplum. Alhamdulillah, rezeki. Boleh buat baju Raya, insyaAllah. Segan nak tunjuk kalau FD pakai.

Ini lah rupa dress yang FD dapat. Warna hitam :)

*klik pada gambar untuk tengok dress yang lain*

Terima kasih kak Uzu / Emas Putih! ^^v
http://www.kisahemasputih.com/
https://www.facebook.com/KisahEmasPutihBlog90

Terima kasih Dedeq / Najiha! ^^v
http://najihah90.blogspot.com/
https://www.facebook.com/NamieCraft



Parcel ke empat, FD terima harini, petang tadi. Hadiah dari OpzzPinky atau nama mesranya Sharina. Hadiah ni FD menang BiG GA Blog Opzzpinky dan GA Like Ja Bah !! by Sharina. Dalam BiG GA tu FD menang eye mask collagen. Untuk GA Like Ja Bah pulak menang dalam kategori top referral, dapat tshirt I ❤ OpzzPink :D

Terima kasih Sharina! ^^v
http://www.opzzpinky.my
https://www.facebook.com/OpzzpinkyDOTMy

Terima kasih Duan Printing Maju! ^^v
http://duanprintingmaju.blogspot.com/
https://www.facebook.com/groups/duanprintingmaju/



Ke lima, parcel dari Nur Be'lla Collection. Hadiah ni menang dalam Giveaway Raya by Aliya Tralala & Nabila Biela. Sepatutnya FD dapat skirt stylista, tapi pihak sponsor tukar dengan tudung ni sebab stock skirt stylista tu dah habis. Siap bagi surat cinta k :p Pattern cantik dah, tapi sayang sebab bukan selendang. FD TAK RETI PAKAI TUDUNG! HUWAA! :'( dah lama tinggalkan zaman pakai tudung ni. Nampak pelik bila pakai. Selendang lebih bagus :/ apa pun terima je lah sebab orang dah bagi, kan? :)

Terima kasih Nur Be'lla  Collection!
https://www.facebook.com/pages/Nur-Bella-Collection/485229114861667


Terakhir sekali, FD terima parcel ni 30 minit sebelum berbuka semalam. Boleh pulak abang PosLaju tu kata terlupa lagi satu sampul. Hahaa! Tapi kesian jugak kat dia kot nanti lambat sampai rumah untuk berbuka dengan family. Eh? Tiba-tiba je cakap pasal benda lain. Hadiah ni, Najeeha Beauty Simply Slim. Produk ni macam Felinna Inchloss Lotion jugak. Untuk bakar lemak yang degil kat mana-mana bahagian. Menang dalam Ramadhan Al-Mubarak Giveaway.

Terima kasih Cik Lala Beauty House! ^^v

You May Also Like

11 comments