Jenis - jenis side income
Assalamualaikum,
Dalam entri ni FD nak share jenis-jenis side income yang korang boleh cuba atau mungkin korang dah join dalam salah satu syarikat yang buat pengiklanan.
1. Pay Per Click
Seperti yang korang tengok gambar kat atas. Side income yang pastinya ramai yang dah tahu. Side income ni jenis Pay Per Click. Side income yang agak senang untuk kita dapat. Pay Per Click bermaksud kita akan dapat earning untuk setiap klik. Contoh satu klik, dapat 20sen. Atau mungkin boleh dapat 40sen untuk 1 klik. Ini yang dipanggil sebagai PPC, shortform untuk Pay Per Click.
Untuk yang belum daftar, boleh klik link dibawah untuk join PPC.
Churpchurp - http://bit.ly/10t3DPP
8Share - http://bit.ly/17aFYZv
Gushcloud - http://bit.ly/183hHSf
2. Pay Per Lead
PPL singkatan untuk Pay Per Lead. PPL merupakan salah satu program affiliate yang menawarkan komisyen bukan melalui penjualan produk mereka, tetapi melalui lead atau lebih mudahnya, subscriber bagi senarai emel yang mereka perolehi melalui kita [ejen affiliate] yang mempromosikan link yang diberikan selepas mendaftar. Biasanya komisyen yang FD pernah nampak, paling sikit 30sen dan paling banyak RM1 untuk 1 lead/email. Untuk PPL, selalunya penganjur akan bagi limit minimum 10 lead. Jadi, kalau korang tak dapat capai minimum, korang takkan dibayar atau diberikan komisyen.
Contoh macam FD buat entri yang baru-baru ni, [Nak menang sebentuk cincin 22k?]. Yang ini satu lead dapat 50sen. Lepas tamat program affiliate Kelab GSR Jewels, penganjur akan bayar komisyen pada korang. Ini pula [komisyen dari Kelab GSR Jewels] yang FD dah terima minggu lepas.
Lagi satu contoh, program affiliate yang paling senang untuk FD join sebab share dengan para blogger. Program affiliate [Teknik Tingkatkan Trafik 40k UV Sebulan]. Ini pun satu lead 50sen. Program ni yang FD dapat paling tinggi sebab share dengan blogger yang nak tingkatkan trafik diorang. Tak percaya? Boleh baca entri [Komisyen PPL Teknik Tingkatkan Trafik 40k UV Sebulan] yang FD terima bulan Februari yang lepas :)
Buat masa ni takde lagi program affiliate untuk PPL rasanya. Kalau ada, FD akan share link tu dengan korang ye ^^v
Buat masa ni takde lagi program affiliate untuk PPL rasanya. Kalau ada, FD akan share link tu dengan korang ye ^^v
3. Pay Per Sale
Pay Per Sale atau singkatan PPS pula ialah program affiliate yang mana korang akan diberikan komisyen sekiranya seseorang melakukan pembelian melalui link korang, atau lebih tepat lagi, korang berjaya melakukan penjualan.
Contohnya, korang mempromosikan produk A di Facebook atau blog korang, kawan korang klik link korang dan berminat dengan produk yang korang promosikan tersebut. Seterusnya, kawan korang tu akan membuat pembelian melalui link yang anda promosikan tadi. Kemudian korang akan dapat email "Tahniah, Anda menerima Komisen!"
Komisen yang diberikan sekiranya korang berjaya melakukan penjualan agak lumayan, iaitu sekitar 50%-75% daripada harga asal produk tersebut. Memang masyuk, dan sebab ini jugalah ramai yang bercita-cita untuk menjadi affiliater.
Ini antara PPS yang FD join.
Ini antara PPS yang FD join.
Err yang ni FD tak tau kategori apa. Haha xD sorry ye. Tapi ini pun boleh jadi side income untuk korang. Cuma kena jawab survey dan dapat point. Point tu boleh tebus kepada duit. Tapi make sure korang ada akaun PayPal. Baca entri [iPanel] untuk tahu lebih lanjut.
Boleh refer post Cara Daftar Akaun Paypal :)
Harap korang faham dengan apa yang FD share ni. Kalau nak tanya apa-apa, tinggalkan komen atau boleh inbox FD kat [FANPAGE] atau pun email je kat [ftndiana@ymail.com]
16 comments
Banyak rupernye tp rajin tak rajin je
ReplyDelete@Nieyxzha Hassan; hehe memang banyak. rajin tak rajin atau ada masa dengan takde masa je kak :)
ReplyDelete@ANa Ahmad; hehe mana boleh kedekut ilmu, kan? boleh tahan banyak, tapi earning tak kencang macam Ana :3
ReplyDeletebnyak rupa n ya,, biasa nye guna blin.gd,, nuff, dgn churp2 j,, heheheheh
ReplyDeletecahayacinta
ReplyDeletesetakat ni nuff sahaja yang lain pernah gak degar hee
setakat ni join churp2,8share dan nufnang je..banyak giler yang akak share..:) nice info..
ReplyDeleteterbaik... sekarang saya tengah mencari teknik terbaik promo afilate
ReplyDelete@cik gadis; hee memang banyak. hm FD takboleh nak sign in blin.gd dah :(
ReplyDelete@cahaya; heee nuff tu susah kot nak dapat earning
ReplyDelete@siti zawiah; hee banyak tak banyak lah. thank you :)
ReplyDelete@Ikhmal Malique; hee tu lah. FD pun masih belajar cara nak tarik minat orang dalam affiliate :)
ReplyDelete@diana; yup, betul tu :)
ReplyDeleteSye paham yg nmbor satu dgn yg komisyen je hehe... X pe.. Lama lama nnti faham lah
ReplyDelete@Nur Syazana zanaSya; hehe takpe. slow2 ea :)
ReplyDeleteSaya daftar yang pay per click je. Masih mentah untuk buat business macam kak FD :)
ReplyDeletepay per sale... ermmm.. masih terlalu jauh untuk ku gapai.. ;)
ReplyDelete