Review Novel: Chocolate Mousse vs Cheese Cake

by - March 16, 2013


Assalamualaikum,




Sinopsis
Rasa cinta Amnani pada Hakimi yang sudah lama terpendam akhirnya terbalas setelah Hakimi melamarnya. Namun semua itu hanya mimpi bila Hakimi sebenarnya berniat untuk mengkhianatinya sehingga dia terpaksa hidup merempat. Kehadiran Zhafri, lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini datang menghulurkan bantuan tapi dengan syarat; dia harus mengahwini lelaki itu. Apakan daya, dia tak mampu menolak biarpun dia benci pada lelaki itu. Huluran Zhafri disambut tanpa dia sedari yang lelaki itu sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Ketenangan hidupnya diganggu Hakimi bila lelaki itu datang semula menghulurkan kemaafan dan menagih kasih padanya. Hatinya berbelah bagi hendak memilih satu antara dua. Antara cinta pertama atau kewajipannya sebagai seorang isteri. Antara Chocolate Mousse atau Cheese Cake. Mana satukah pilihannya?
Amnani terngadah. Dia terkebil-kebil memandang ke arah Zhafri. Lorr… aku dah salah faham ke? Aisey! Macam mana boleh tersilap ni! Wait a minute! Isteri? Siapa isteri kau? No way! Tak ingin aku nak jadi isteri kau laa! ~ Amnani
Lagi abang suka sebab isteri abang sendiri sanggup pinangkan wanita lain untuk abang. Tak payahlah susah-susah nak suruh orang lain. Bertuah abang dapat isteri sporting macam Nani ni. Isteri solehahlah katakan. ~ Zhafri
“Niat abang baik. Abang nak jaga Nani seumur hidup abang. Lagipun, abang rasa Nanilah yang terbaik buat abang.” - Hakimi

Tengah malam tadi FD start baca novel ni dari pukul 3 pagi sampai ke subuh. Feeling habis sampai menangis-nangis baca. Sebak dada bila part Nani kecewa dengan suami dia. Peh pehh! Memang best gila lah novel ni.
Ni kiranya novel ke tiga yang best pada pendapat FD. Bukan setakat tajuk novel yang menarik, baca sinopsis ni pun dah buat FD tertarik nak tahu cerita ni. BESTTT!

You May Also Like

15 comments

  1. inviting pulak baca sinopsis dia... dear kalau sudi, kakak jemput join ni...

    http://www.furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/03/segmen-featured-me-on-bubbly.html

    ReplyDelete
  2. macam best . nanti kalo terjumpa buku ni , nak rembat arr :p

    ReplyDelete
  3. @Aina Sofea; memang best! hehe rembat laju2 :p

    ReplyDelete
  4. sobs sobs.. mcm sedih je novel ni heheh. tajuk pun menarik :o

    ReplyDelete
  5. @Princess Syazliyana; memang sedih pun, sampai nangis2 akak baca. huhu

    ReplyDelete
  6. Kena cari novel ni nanti ^_^ hee

    ReplyDelete
  7. Macam best kalau ada part nangis2 ni..

    ReplyDelete