“Abah dah meninggal... kena bom... masuk kubur.” - adik Akmaruddin
Assalamualaikum,
Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.
Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak dimaklumkan kepada media. Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, di sini, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.
Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.
Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik... nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.
Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, di sini, dikatakan pengsan tiga kali sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.
Kesian budak kecik ni, :'(
#Pray For Lahad Datu, Sabah
12 comments
siannye dye.. baru 5 thunn...
ReplyDeleteSedih nye . :'( al-Fatihah untuk arwah. harap tentera-2 yg lain jgk turut selamat dan jugak warge Lahad Datu. InsyaALLAH, Amin ! :)
ReplyDeletePray for sabah..
ReplyDeletemy sis at sabah. :'(
@a i m z; eh yeke? doakan dia tak kena apa2 ye
ReplyDelete@aNieys aMiEyra; amin :)
ReplyDeletesedihnya.....
ReplyDeletedalam perut mak dia ade lg ank.. sian isteri arwah..
ReplyDeleteT.T
ReplyDeletesedihnyer..semoga ank dan ibunyer tabah..
ReplyDeleteAl-fatihah utk arwah.
ReplyDeletekesian adik ni , sedih sangat :(
ReplyDeleteKesiannya budak tu, kecik lagi dah jadi anak yatim :(
ReplyDelete