Tips kurangkan keguguran rambut

by - June 30, 2012


Assalamualaikum reader,
Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada masalah ni. Cuma sekarang ni makin teruk pula aku rasa. Makin banyak rambut yang gugur. Sehari je bukan dua tiga helai yang gugur. Banyak gila yang gugur, lebih 10 helai aku agak.

Disebabkan aku dah tension dengan masalah ni, baru sekarang aku search kat google cara nak mengatasi masalah ni.

Tips untuk kurangkan keguguran rambut:
Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda, tumbuk hingga lumat. Kemudian gosokkan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering. Kemudian bilas dengan air suam dan cuci rambut menggunakan syampu yang sesuai.

InsyaAllah aku cuba lepas ni dan harap-harap kurang la rambut gugur. Mak dengan abah dah bising bila tengok kat lantai ada banyak rambut aku yang gugur. Abah sampai suruh aku pakai sarung kepala, macam anak tudung yang mak cik-mak cik yang selalu pakai tu. Oh tidak, aku tak kan pakai! Duduk rumah je pun, alahai.

Selain tu, aku cari juga punca dan jenis masalah keguguran rambut ni. Meh sini nak share sikit :D


Jenis-jenis keguguran rambut:
  • Androgenetik alopesia
Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).
Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
  1. testosteron - (hormon lelaki).
  2. usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
  3. keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.

Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya
  • Alopesia areata
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
  • Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.
Rasanya aku punya problem ni yang Telogen Effluvium sebab tekanan fizikal atau emosi dengan diet tak seimbang agaknya. Sebab kadang-kadang aku banyak fikir. Fikir apa? It's private, okay? :)


Punca-punca keguguran rambut:
  • Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
  • Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

  • Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  • Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Rambut Gugur? Revolusi Sains Dan Teknologi Toppik Mampu Selamatkan Penampilan Anda Rambut Mari Dalam 30 saat !


Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, memang begitu banyak produk yang dihasilkan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Namun, puas mencubanya tetapi tiada satu pun yang benar-benar berkesan dan serasi dengan kepala. Tensionnya! Apa lagi nak buat ya?

Uniknya Revolusi Teknologi Serat Rambut Toppik!
Percayakah anda, Toppik Malaysia menawarkan sebuah penyelesaian yang amat unik bagi masalah rambut gugur. Melalui kajian demi kajian, penelitian telah dibuat ke atas pelbagai teknik yang paling sesuai dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.
Inilah bezanya Serat Rambut Toppik berbanding produk-produk lain. Serat rambut ini berhasil menutup cela pada ‘pulau’ yang mula terbentuk di kepala anda. Ajaibnya, ia semua boleh dilakukan dalam masa 30 saat! Bukan itu saja, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan mudah untuk diaplikasikan sendiri di rumah.


Eh, Kesan Seawal 30 Saat? Cepatnya, Macam Pakai Rambut Palsukah?
Bukan, Serat Rambut Toppik bukanlah rambut palsu yang terdapat di pasaran. Serat Rambut Toppik ini adalah teknologi keratin yang bertindak menghasilkan gentian rambut apabila ia disemburkan.
Berbeza dengan rambut palsu, gentian ini berpegang teguh pada rambut asal dan kelihatan seperti rambut yang asli. Menariknya, material yang digunakan untuk membuat serat rambut ini berasal daripada bahan semulajadi lalu menjadikannya nampak lebih ‘natural’.

Serat Rambut Toppik Sukar Dibezakan Daripada Rambut Asli!
Oleh kerana gentian serat rambut ini berpaut pada rambut asal anda, maka rambut asal anda akan nampak lebih ‘penuh’, tebal, dan sihat. Saintis kami telah memformulasikan Serat Rambut Toppik daripada bahan semulajadi menggunakan benang bulu biri-biri. Benang-benang halus ini kemudiannya melalui proses penghasilan yang rapi sehingga ianya sukar dibezakan daripada rambut asli!


Ia juga didatangkan dalam 12 rona warna berbeza serta pelbagai ketebalan iaitu 3g, 12g, 27.5g, dan 55g. Ternyata begitu banyak pilihan untuk disesuaikan dengan rambut asal anda!

Selain itu, gentian serat rambut ini turut diperkuat dengan caj-caj elektrostatik supaya ia berpaut kukuh pada rambut asal. Maka, anda tidak perlu risau untuk menggunakannya setiap masa, walaupun dalam keadaan yang lasak seperti berlari atau membuat kerja-kerja luar. Ia tidak akan tertanggal dalam masa 7 hari, kecuali apabila disyampu.




Tapi, Bagaimana Pula Ia Membantu Merawat Rambut Gugur?
Sementara mengaplikasikan Serat Rambut Toppik, anda boleh mengamalkan pengambilan Toppik Hair Nutrition 2-In-1 Capsules. Kapsul ini boleh diambil 2 kali sehari untuk mengoptimumkan pertumbuhan rambut dan menghentikan masalah kebotakan. Ia mengandungi kesemua vitamin dan zat yang diperlukan untuk merangsang kesihatan rambut secara efektif.


Selain itu, anda juga boleh menggunakan Toppik Hair Building Shampoo, Toppik Hair Building Conditioner, atau apa-apa produk lain yang anda gemari pada rambut anda. Ia sama sekali tidak akan mempengaruhi Serat Rambut Toppik daripada berfungsi sebaiknya.
Jadi, sementara produk-produk lain ini mengambil masa untuk menampakkan kesan, anda tidak perlu menunggu dengan berkurung di rumah!
Tiada Kesan Sampingan, Yang Nak Bergaya Pun Boleh Cuba Tau!


Walaupun produk ini berteknologi tinggi, anda tidak perlu risau kerana ia bebas daripada sebarang bahan kimia yang merbahaya. Keseluruhan rangkaian produk kami, termasuk Serat Rambut Toppik telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah nombor pendaftaran NOT150302965K.
Produk ini bukan hanya difokuskan kepada orang tua saja, tetapi segenap masyarakat daripada setiap peringkat umur. Jadi, kalau tak ada masalah rambut kronik pun boleh mencuba. Yalah, siapa tak suka mempunyai rambut yang lebat dan sihat, bukan? Mesti lebih cantik apabila digayakan pada hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan, makan malam romantis, atau acara sosial.
Walaupun digunakan secara kerap, ia sama sekali tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. Jadi, tiada masalah untuk anda gunakannya setiap hari, sama seperti menggunakan produk rambut biasa.


Ramai Rakyat Malaysia Sudah Mula Mendapatkannya, Anda Bila Lagi?
Bukan hanya di Malaysia, malah satu dunia telah mencuba keajaiban Serat Rambut Toppik. Hanya dalam 30 saat, anda mampu melakukan rawatan rambut sendiri di rumah dan menyelamatkan kos puluhan ribu ringgit untuk membuat ‘hair transplant’.

Kini, anda mampu tampil yakin serta-merta! Hasilnya, lebih banyak jenis stail rambut yang mampu digayakan dengan rambut yang lebat dan bermaya melalui alternatif yang lebih mudah, selamat, serta hasil seakan-akan rambut sebenar. Yang penting, harganya sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua generasi.



Dapatkan Produk Asli Hanya Melalui Toppik Malaysia
Rujuk laman web rasmi kami untuk maklumat lanjut tentang pilihan produk serta testimoni daripada pengguna Malaysia dan seluruh dunia. Belian secara online boleh dibuat di laman web www.toppikmalaysia.com serta daripada agen-agen kami di seluruh Malaysia. 
Toppik Malaysia ialah pengedar rasmi jenama Toppik yang diasaskan di Amerika Syarikat dan produk ini telah digunapakai oleh ratusan ribu pengguna di seluruh dunia. Jom, dapatkan yang asli hari ini!

You May Also Like

16 comments

  1. @Boni JLL3; insyaAllah D try amalkan nanti :D

    ReplyDelete
  2. nice info sis :)
    http://kasihzhafranzahraa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Saya amal aurawhite tp keguguran rmbut x kurg pn... tetap sama byk gugur...

    ReplyDelete
  4. Dik, dah try ke petua daun bunga raya ni? Jadi tak?

    ReplyDelete
  5. Salam, macam mana? jadi tak? Saya sekarang makin banyak yang gugur.. will try this..

    ReplyDelete
  6. Good Tips ! Thanx !

    ReplyDelete
  7. terima kasih di atas perkongsian petua yg sgt menarik ini..especially ttg daun bunga raya tu..saya juga ada pendapat saya sendiri berkaitan rambut gugur..jemputlah ke blog saya http://kedaivitamin-ku.blogspot.com/2013/10/akhir-akhir-ini-saya-dapati-banyak.html

    ReplyDelete
  8. Bleh juga try biocara hair solution untuk rambut gugur tu....
    http://www.muslimchoices.com/?p=biocare_hair

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni umur saya da 21 thn, tension lah saya pasal rambut saya ni, asal je bagun pagi mesti ade je rambut saya yg gugur, apatah lagi bila mandi mesti ada je yg gugur, hemmm apasal tu ek? Saya nak rambut yg sehat dan tebal -_-

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum saya mengalami keguguran rambut umur saya baru 19 tahun tapi rambut saya semakin lama semakin tipis dan saya takut adakah rambut gugur boleh bawa penyakit

    ReplyDelete
  11. saya pun lately ni ada mslh keguguran rambut. tak tau la apsal. risau juga. tak kan sbb telan vitamin mcm² kot. risau risau dan risau!!! adakah ini penyakit yg kita tak sedar apa puncanya. huhu

    ReplyDelete
  12. Susah sekrg ni nk cari bunga raye..zamn dulu2 seng sgt nk dpt..eemmm

    ReplyDelete
  13. Salam...yg guna bunga raya tu, mmg guna daunnya yg hijau tu ke.? Or guna bunga raya tu sndiri.?

    ReplyDelete
  14. salam...saya penah guna santan, kawan2 jom share petua lagi..
    http://villavitabonda.blogspot.com/2015/03/saya-terpaksa-potong-rambut-pendek.html

    ReplyDelete