Review Novel: Awas! Bila Hati dah Sayang

by - April 23, 2012


Assalamualaikum reader,
Hari ni saje nak share dengan korang novel yang aku dapat minggu lepas. Eh, bukan dapat, tapi aku beli kat online shop kat FB. Aku beli novel ni kat kak Farihah Fadzil.


Sinopsis : Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.
“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram
Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.
“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.
Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?
Baca je sinopsis novel ni, terus bersemangat nak beli. Nasib baik kak Farihah ada jual novel yang second hand but still dalam keadaan yang elok. Harga pun berpatutan :) memang tak menyesal la beli kat kak Farihah. Kalau korang pun berminat, jangan segan segan nak klik >SINI< k? ;)

Memang puaskan hati aku la baca novel ni. Sampai rasa nak menangis kau tau? Aku kalau bab jiwang-jiwang ni memang lembut sikit, asyik nak meleleh je. Lagi satu kalau masa baca novel, tipu la kalau korang tak berangan, kan? Muahahaa xD

Novel ni aku dah habis baca dalam 3 hari yang lepas. Rasa macam nak jual balik, jadinya third hand la. Ada ke? Muahahaa xD okay, harga asal novel ni RM23 untuk area Semenanjung, RM26 untuk Sabah / Sarawak. Aku beli dari kak Farihah dengan harga RM18 termasuk kos penghantaran. Kalau aku nak jual pula, RM15 termasuk kos penghantaran. But cuma pakai pos berdaftar je la ;) kalau ada yang berminat, PM aku kat >SINI<


Byee! ;)

You May Also Like

11 comments

  1. hamboiiii jambunye . lol :p

    ReplyDelete
  2. Novel panjang sangat.penat nak baca.-.-

    ReplyDelete
  3. @Apeach Blogspot; hihi :D kalau macam tu, baca la hari2.

    ReplyDelete
  4. kalau housemate nie gila sangat la dgn novel2 nie...

    ReplyDelete
  5. @Fienazzuki; hihi! nanti tanya la dia kalau dia berminat :D

    ReplyDelete
  6. ha'ah ,, mmg kalau bce novel ni sye pon dah berangan-angan ..hehe terutama sekali ader novel ramlee ag murshid bagaikan puteri . mmg best !

    ReplyDelete
  7. tak sempat lagi nak baca . kawan nurin kata best !

    ReplyDelete
  8. @Nurin Aqilah; memang best! baca lah bila ada masa ^^

    ReplyDelete
  9. Tak dpt baca lagi , tapi dh baca separuh kat internet .. serious best giler ! smpai berangan --'

    ReplyDelete