3 December,

by - March 04, 2012


Semalam bosan gila, then aku ajak adik aku pi The Curve. Jenjalan sana. Then pi tengok wayang kat Cineplexes. Kitorang pi tengok wayang cerita Adnan Sempit 2.

Masa otw ke Cineplexes tu, lalu kat The Streets. Then nampak ada event.

Haa, ni la event semalam tu. Hari ni pun ada lagi tapi aku tak pergi pun. Ramai gila orang. Artis pun ramai. Rugi betul aku kelua tak bawa DSLR semalam T__T

Masa nak beli tiket wayang, nampak artis Raja Lawak, kumpulan Balas tu. But aku buat tak tau je la, takut silap orang. Lepas tu nampak pula maskot cerita Lorax. Comel gilaaaaaaaaa! Seriously rasa macam nak peluk je, hihi! But spoil la, dia warna oren. Aku tak suka warna oren -____-

Sementara nak tunggu pukul 3.45 petang, ronda2 kejap kat situ. Then pergi arcade. Kat sana ada abang ni ajak main tembak2. Dia kata macam PLKN, ada menembak. Brr, aku rindu PLKN. Dan dan pula dia nak sebut pasal PLKN en. GRR! Aku cakap la aku pernah masuk PLKN dulu. Boleh pula dia tak percaya aku ni 19 tahun. Masa nak naik bas pergi The Curve pun driver bas tu tanya "sekola ke?". Nampak sangat aku ni nampak mudaa. Jangan jelly :p hahahaaa!

Dah pukul 3.50 petang, terus pergi beli air and pop corn. Masuk panggung, dapat duduk je aku terus buka kasut and duduk bersila kat kerusi tu. Then ada dua orang mamat yang bengong ni pi lalu depan aku. Mula2 tu dia duduk kat sebelah. Then ada kakak and makcik ni datang and cakap tempat yang mamat tu duduk tu tempat diorang. Sah mamat dua ekor tu main duduk je, tak ikut seat yang dia beli tadi. Brr! Masa dia lalu tu, dia tersepak kasut aku. Dah hilang sebelah. Eeeeee! Meyirap je aku #padahal salah aku juga pi buka kasut buat apa, muahahaha xD adik aku dah gelabah. Eh, dia pula yang gelabah lebih. Aku cakap a watlek je. Satgi nak habis cerita, baru la cari kasut tu.

Habis wayang, aku tunggu yang lain keluar dulu. Aku tunggu masa nak cari kasut je. Hahaha! Kalau tak jumpa, memang aku feeling macam Cinderella la. Tunggu someone bagi kasut aku yang hilang sebelah. HAHAHAHA! Sebelah aku pula awek cun mana nta dengan bf dia. Masa awek tu bangun nak bla, dia nampak kasut aku. Phewww! Nasib baik kasut aku tu tak jauh. Hahahaa! Dia dah jadi heroin aku sekejap sebab dah jumpa kasut aku tu. Kehkehkeh xD

Lepas habis tengok wayang, aku nampak lagi yang Raja Lawak tu. Aku rasa nak tergelak pun ada. Sebab dia tengok wayang cerita yang dia sendiri berlakon. Tak ke pelik? Kalau dia nak tengok pun, kenapa dia tak tengok masa ada event macam pra tonton ke? Masa first day movie tu release ke? Kan? Ah lantak dia la. Hihi!

Okay, semalam tu first time aku lepak dengan adik perempuan aku SAHAJA! Berdua SAHAJA! Haa, nampak aku siap CAPS LOCK lagi tu. HAHA! Aku bawa dia pun sebab nak bagi dia merasa pi tengok wayang. Seumur hidup dia, dia tak pernah tengok wayang. Pasai tu le aku bawak dia pi tengok wayang semalam. Kemain suka lagi dia tau! Hahaa xD dan first time juga kasut wa hilang masa tengok wayang. Lepas ni taknak buka kasut dah masa tengok wayang. Serik serik! Hahaa!


Bye! :)

You May Also Like

0 comments