Dah start buat kuih raya! :D

by - August 23, 2011


Almond London

Ni baru je tadi buat. Perghhh! Meleleh air liur tengok chocolate tuu. Geram gila aku tengok! Hahaa! Yang ni mak ndak order kat mak aku. Untuk family aku punya buat nanti. Aku ambil gambar ni time chocolate tu still cair. Berkilat tuuu, weeee~! Adik aku yang Sarah tu dah makan sikit. Dia la tukang rasa makanan time bulan puasa ni, haha xD


Kuih Semperit

Kuih ni buat malam nanti. Buat untuk tok wan! Hihi! Fyi, tok wan aku suka kuih ni sangat² and tok wan cuma makan kalau kuih tu mak aku yang buat. Kalau orang lain buat kuih tu, dia tak makan tau. Hebat en mak aku tu. Sampai tok wan taknak orang lain punya, nak anak dia punya je. Ngehehe xD

Tapi kan, aku jarang makan kuih yang mak aku buat. Time raya pun aku lebih suka makan kuih bahulu. Yang tu memang aku hantu, HAHA! Seriously k, aku suka kuih bahulu berbanding mak aku punya kuih. Lagi² kuih bahulu yang kat kampung punya. Opah selalu beli kat sape nta, memang superb la! Lembut pula tu, sedap gilaaa!


Time tolong mak tabur kacang kat atas kuih almond london, borak kejap
Mak : Khamis nanti kita berbuka kat luar
FD : eh, abah balik ke?
Mak : a'ah, esok abah balik. kali ni tak tau berbuka kat mana
FD : company buat?
Mak : a'ah. abah dah siap bagi nama kita 6 orang dah. pakai baju raya la kita nanti. haha
FD : tak kan pakai baju raya kot? alaa

Tahun lepas company tempat keje abah ada buat kat Hotel Hilton, tapi aku tak pegi sebab berbuka dengan kawan. Kali ni aku nak pegi! Tapi taknak pakai baju raya :( hahahaa! Baju raya tu tunggu raya nanti la, kan kan? :D


Dah nak raya nanti aku nak try buat macaron, ambil resipi dari Ieka :D nanti mak tolong cari bahan². Maklum le, teman ni tak tau bahan² buat kuih. Ngehehe xD insyaAllah kalau aku buat macaron tu, aku tunjuk ea ;)


Bye! :)

You May Also Like

8 comments

  1. wah sedapnya nya almond london, buat ke tu byk nya... nak jual eh?

    ReplyDelete
  2. hmmm sedappp nyeee. terliuqq lah. huhu

    ReplyDelete
  3. CS : hihi! takde la banyak mana tapi boleh laa. hee :D jual kat org terdekat je :)

    ReplyDelete
  4. Cik Najihah : mai la ruma, dtg beraya nanti :p

    ReplyDelete