Nak buat tu biar jujur :)

by - March 17, 2013


Assalamualaikum,


Tadi ada sorang blogger A ni IM FD kat Facebook. Macam ni perbualan FD dengan blogger A

Blogger A: Emm FD, ada satu GA kat blog ni, antara hadiahnya ialah Iphone4s n Galaxy Note.. Boleh percaya ke ni?
FD: kat blog? bg link
Blogger A: Sorry, tak ingat. Tengah guna fon. Cuba search dkt google 'Jom Pilih Hadiah' Tapi bukan GA yang Nabila Biela anjurkan tau.
FD: okay :) rasanya GA tu dari says lah. says memang buat hadiah gempak2 (masa ni FD fikir GA yg says anjurkan dalam bulan lepas kalau tak silap FD)
Blogger A: Ye ke? Ouh tak tau pulak. Lagipun orang yang buat GA tu form1. Sebaya Farah kot. Sponsor GA dia pulak rasanya takde. Eh, ataupun tak sampai 5 sponsor.
FD: eh form 1? biar betul? kaya sgt ke? (dah macam pelik. terus search kat google)
Blogger A: Yup. Nama dia Ayin kalau tak silap. Kaya? Eh eh, tak tau tak tau. Hehe
FD: okay, jumpa dah. budak penang. hadiah gempak2. biar betul
Blogger A: Haaa yang tulah. Yang ada hadiah mustache beg tu kan. Farah ada komen kat entry GA dia tu. Taktau lah dia dah publish ke belum komen tu.

Lepas FD dapat info ni, FD tengok-tengok entri blogger yang dimaksudkan oleh si blogger A ni. Hadiah memang gempak habis! Ini antara hadiah-hadiah yang ditawarkan:
Samsung Galaxy Note II
Baju peplum
Baju superman
Shawl
Iphone 4s
Keychain
Instax mini hello kitty
Beg moustache

Hebat tak hadiah-hadiah semua ni? Gila kentang!
Lepas tengok semua info pasal blog tu, FD post kat SINI. Banyak respond yang FD dapat dari blogger lain.

Ada blogger B pula IM FD kat Facebook lagi. Ini perbualan kitorang:
Blogger B: Salam kak FD . Saya just nk sahihkan betul ke tak yg kak FD maksudkan GA dapat hadiah smart phone tu GA ni ?
http://****-****-official.blogspot.com/2013/03/segmen-saya-nak-hadiah.html
Sebab ada org tag saya . So, tengok syarat banyak , rasa was2 jgk la nak join .Takut alih2 GA batal .
FD: w'salam. trpulang pd individu untuk prcaya atau tak. pada kak FD, macam tak logik lah. lain la kalau orang yg sponsor GA tu betul2 orang kedai gadget or something else. budak lagi kot. logik ke bagi hadiah macam tu? setengah blogger yg buat GA / segmen separuh jalan tu sebab diorang tak capai target, maybe diorang kecewa sebab tak ramai join.
Blogger B: Tapi better tak payah kot masuk sebab agaknya semua org tk tahu lagi yg budak tu pernah menipu org . Ramai bdk2 sebaya saya kena tpu dengan dia suatu masa dulu .
FD: so asma memang kenal la dengan blogger tu?
Blogger B: Yup . Terlampau kenal . Dia pernah masuk group khas untuk kanak2 .Dekat group tu banyak sangat berlaku penipuan ,pergaduhan dan mcm2 lagi . Sampai ramai dh tak tahan . Dia kata dia ada jual Hp case ke apa . Tapi benda tu bdx memang suka . So, ramai dah bank-in dekat dia . Alih2 1thn tak sampai lagi brg tu . Tulah yg rasa was2 skit.

FD buat entri ni bukan untuk aibkan mana-mana blogger. Kita buat segmen / contest / giveaway ni semua untuk suka-suka, dapat kenalan baru, ye tak? Kalau nak anjurkan giveaway tu, hadiah biarlah ikut kemampuan. Tak logik dek akal bila blogger yang berumur belasan tahun, nak bagi hadiah smart phone. Lain kata benda yang harga over RM500+. Tak ke gila tu? Bukan FD nak jatuhkan sesiapa tau. Cuma FD kesian kat awak dan awak yang join segmen tu dengan penuh harapan untuk menang segmen tu. Bila menang, penganjur senyap. Tak ke sakit hati + rasa tertipu? Macam FD kata, kita buat benda tu untuk suka-suka. Bukan nak marah-marah atau berdendam dengan orang lain. FD sendiri pernah tertipu bila menang giveaway, tapi hadiah tak dapat. Agak terkilan lah juga.
Untuk yang FD highlight warna merah tu, itu dah tunjukkan point yang si blogger tu memang kaki penipu, kaki kencing bak kata remaja sekarang.

Jangan bila orang tu tak kasi hadiah, jangan nak maki hamun lah ye :) nak join mana-mana segmen atau giveaway tu boleh, tapi selidik betul-betul. Mula-mula FD pun fikir nak join segmen tu. Tengok info kan komen tentang blogger tu, FD terus lupakan niat tu. Terpulang kepada korang lah ye :)

First time tengok ada blogger yang nak bagi hadiah berupa iPhone dan Galaxy Note. Budak pulak tu. Hidup kalau menipu ni tak berkat dik oi :)

You May Also Like

59 comments

  1. btul tu !!

    stuju dengan pndpt fd

    ReplyDelete
  2. jgn kate nk berkat, mnipu tu pn dah berdosa.. harap2 djauhkan :)

    ReplyDelete
  3. bila nampak link blog dia yg kak diana post kat comment fb tu , bella terus gi terjah . hullamakk hadiah gempak2 sehhh . bapak kaya ah kalau betul dia nak bg . nasib bella tak join . huh . lepas baca entry ni , baru la tahu dia tu jenis so and so . ish2

    ReplyDelete
  4. Dah google, jumpa blog budak tu :) Kaya betul nak bagi smartphone.. -.-

    ReplyDelete
  5. Pemilik blog acha asha ye kak FD? First time hanim tengok blog tu pun sebab ada orang join segment dia. Petang tadi kot tak silap. Memang nak sangat hadiah tu cuma terfikir jugak hadiahnya banyak sponsor sikit. Budak lagi. Betullah kata kak FD selalunya nak bagi phone ni macam says tu boleh lah kan. Hanim ingat nak join malam ni sebab hadiah yang dijanjikannya awesome nak mati lah katakan haha. Nasib baiklah FD buat entry ni dan post status dekat facebook. Kalau tak habiskan masa hanim je join haha. Btw kalau dah bagi phone bagai lebih baik dia buat giveaway ye dak kak FD? Hehe :D Sorry lah panjang lebar :)

    ReplyDelete
  6. Budak budak kecik pun menipu..

    http://farra-izzaty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Cara cpt kaya..cam gitu lah

    ReplyDelete
  8. dasyatnya hadiah dia.. ish3..

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Sangat mustahil la.

    ReplyDelete
  10. biar btl bdak ni.. kaya btl mak bapak dia.. haish.. bahaya btl bnda camni.. ksian kat org trtipu..

    ReplyDelete
  11. adeyh masalah betul la budak ni..ingat kat dunia maya ni boleh main sorok2..kene kejar jugak kang naty kat luar,,haa

    ReplyDelete
  12. Baru syada tau perangai ini budak . Baru je rasa nk join td . Nasib baik tak sempat coz tgk FD pos entri ni . Hottt . Jom unfollow dia . Hihi

    ReplyDelete
  13. budak tu buat segmen dan nak bagi hadiah gempak2 sebab nak lariskan blog dy je kot.. budak form 1 kott nak bagi hadiah smart fon.. xlogik langsung.. baru sekolah, belum kerja lagi.. haihh~~

    ReplyDelete
  14. saya hampir nak join. hemm sebab tengok ada hello kitty tu. huh, thanks Fatin. apela budak tu -,-"

    ReplyDelete
  15. ada terbaca juga tadi someone yang join...tapi terfikir jugak dalam hati...anjuran dari portal mana I mean blog like Denai ker...or Says ker... or apa2 jer la.... tapi...kalau individual ni macam susah jer nak caya? hopefully mereka2 yang join x kena tipulah...

    ReplyDelete
  16. tudiaaa.. panjang berjelaa.. muehehehe... apa2 pon buat biar la iklas.. so org lain pon iklas menerimanya.. ^_^ life is simple.. but kita yg menyusahkannya.. =)

    ReplyDelete
  17. bdk tu buat segmen pstu main tulis jee hadiah apa yng best2

    pstu rmi join
    bangga

    lepas bangga .. tamat terus senyap bdk tu

    tak ke bangang bdk tu ..

    tentah lepas ni dia main updated hadiah laptop untuk segmen lain plak

    bole jdi jgkkan .. ish3!

    ReplyDelete
  18. Dulu, curi banner. Sekarang, menipu nak bagi smart phone pulak. Haih --'

    ReplyDelete
  19. sedey :)
    kecik2 dh pandai menipu..

    ReplyDelete
  20. memang susah nak percaya....... budget besar tu......

    ReplyDelete
  21. macam2 ... KD pon terkejut bile tengok hadiah2 tu.. Honesty is the Best Policy :)

    ReplyDelete
  22. owhh , bru taw .. tp kta dah join .. tak taw pulak yg bdk tu kaki kencing org ~ cittt !

    ReplyDelete
  23. munking dia terdesak nak follower yg bnyk dengan cepat . hha

    ReplyDelete
  24. To me, a word for this kind of people.

    PUBLISITI..!
    Form 1 boleh buat hadiah giveaway gadget mahal". Tu kalau Liy masuk, tak dapat ape yang dijanjikan, saman je. Hahaha xD

    ReplyDelete
  25. Jom sertai GA dari saya.. boleh menang suami/isteri percuma, icebox, banglo, ferrari dll... heheheheeheh

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete
  26. mcm2 budak zaman skrang ni..

    ReplyDelete
  27. alahai... kesiannya kalau yang dah join tu...

    ReplyDelete
  28. Betul tu kak. Lagipun saya tengok tadi dia dah delete dah post dia berkaitan GA yg dia anjurkan tu.

    ReplyDelete
  29. ain lagi muda.... tapi ain tak tipu. walaupun ain ade bisnes. Kak FD nak chat jap boleh x kak?

    ReplyDelete
  30. FD, nak mintak kebenaran untuk share pasal ni kat fanpage boleh tak?:)

    ReplyDelete
  31. Dah sahih kaki penipu..tak payah join

    ReplyDelete
  32. semalam ade nampak ga yg budak tuh buat.... tngok hadiah dia yg gempak.. sape je yg tak cair... tapi tiba-tiba terdetik tak nak join.. sebab macam x sedap hati je... pelik... bukan senang nak bagi org benda mahal macam tuh... utk sendiri pon belom tentu mampu... haish..

    ReplyDelete
  33. ada terbaca pasal ni smlm kat wall FB FD .. apa motif dia agak nya eh? nak trafik ke?

    ReplyDelete
  34. best gak kalo dapat note 2. 2k tu haha

    ReplyDelete
  35. mak aih.. ada jugak blogger yang macam ni ye?? macam2..hehe

    ReplyDelete
  36. memang kena berhati2 lah kan kalau macam tu..

    ReplyDelete
  37. patut laa sampai skrung belum lagi ati nie nak terbuka nak join segmen pelik2 haha..
    paling kurang adiah dari sponser topup 5hinggit.. adoi..

    ReplyDelete
  38. First time jumpa orang yang camni..dah tgok blog dia tadi..hrmm..dunia blog ni bukan besar mana pun..

    ReplyDelete
  39. Waspada, saya pernah tertipu dalam kontest. Hm...

    ReplyDelete
  40. Baru tau ada yng menipu buat GA ni, Macam2 la blogger sekarng ni.

    ReplyDelete
  41. adeh laa... benda2 mcm ni pun nak menipu.

    ReplyDelete
  42. nama pun budak..fikiran die x matang lagi..pe kate otai2 yang dah lama g nasihatkan dlm blog die...maybe die akan sedar kesilapan die...

    ReplyDelete
  43. blogger begini memburukkan lagi nama2 blogger pengguna blogspot...

    boleh complain terus ke google utk di block empunya web tersebut...

    ReplyDelete
  44. makaih.. hebat hadiah dia :)

    ReplyDelete
  45. macam ni punye orang pun ada...

    ReplyDelete
  46. jangan bimbang....balasan dr Nya menanti....x kan kemane dunia blogging dia kalo asik tipu org

    ReplyDelete
  47. Ini baru betul tipu baik punya dengan hadiah gabak-gabak..
    Tapi apa tujuan dia ini yek
    Jom pakat2 uar-uarkan benda ini

    ReplyDelete
  48. sebab nila setitik habis semua terpalit sama nanti..hati-hatilah yer

    ReplyDelete
  49. saya rasa saya tahu sapa dia . dari group mana . sbb sy pun ahli group tu . tp saya tk pernah lagi jadi mangsa . hee , tk dapat bayangkan macam mana kalau jadi mangsa . mimpi ngeri jadinya !

    ReplyDelete