Kakak yang penyayang

by - February 01, 2013


Assalamualaikum,

Tajuk entri memang cannot go betul lah. Haha xD

Okay, macam ni sebenarnya. Pagi tadi dalam pukul 11 lebih, FD temankan adik FD dengan kawan-kawan dia pergi beli barang untuk hias kelas diorang (perlu ke bagitahu untuk hias kelas? ==') 
Pada mulanya, adik FD semalam cuma cakap kat abah sebab nak minta tolong hantar dia dan kawan-kawan dia ke bandar. FD dengar, FD terus menyampuk kata nak ikut. Adik FD laju je nak bangkang. FD apa lagi, membebel lah! FD cakap "time orang nak keluar dengan kawan orang masa kat KL dulu, hang menyibuk boleh pulak?". Adik FD terus buat muka. Eh fikir aku peduli? (hilang terus penyayang tu, haha).

So pagi tadi kitorang gerak ke bandari dalam 11 lebih lah. Plan pukul 11, tapi kawan-kawan Darlina ni lambat. Takde hal lah, benda kecik je lambat sikit. Perempuan, biasa lah kan? :p


Sampai je Mydin, terus ikut diorang pergi beli barang. Banyak juga yang diorang beli. Tiba-tiba rindu zaman sekolah dulu. Sebab dulu FD pun pernah jenjalan dengan kawan pi beli barang untuk hias kelas. Syok tauuu!
Pening juga sebenarnya jalan dengan budak-budak ni. Eh terasa poyo pulak sebut budak-budak. Ini semua POYO! *versi Johan*. Okay, melalut pulak. Bukan apa, diorang ni lain-lain citarasa. Yang sorang nak pattern tu, yang sorang nak pattern ni. Ada masa tu FD bagi cadangan juga. Boleh tahan banyak juga yang diorang shopping tadi.

Lepas diorang penat shopping, masing-masing meragam kata lapar. Kitorang terus gerak foodcourt and makan nasi ayam je. FD kesian kat kawan Darlina sorang tu sebab tak cukup duit. FD nak belanja dia air pun dia segan-segan (dah nampak sifat penyayang kat situ :p). Tu pun dah kenyang sebenarnya. Perut dah kenyang, diorang nak enjoy pula. Darlina buat ayat sedih, kata nak main game tapi duit tak cukup. And again, FD jadi seorang kakak yang penyayang lagi. Bagi kat Darlina RM1 je punggg! Hahaa xD takpe, adik FD tak merungut pun. Tu pun dia dah bertambah excited tau. 

So kitorang pergi main arcade kat Giant. Nasib baik Mydin and Giant sebelah-sebelah je, tak jauh. Yes, shopping kat Mydin sahaja. Biasa-biasa je. Tak macam KL. Ada Pavi, Bukit Bintang, KLCC, Times Square, Petaling Street, macam-macam lagi. 
Pergi je sana, arcade tak buka lagi. Duduk kat taman sementara nak tunggu arcade tu buka. Lepak KFC sat, makan lagi. Bagi adik-adik makan (konon! padahal nak mencekik sama. muehehee). Masa tengah makan-makan tu, ada orang ni lalu kat sebelah, FD dengar dia sebut "karok". FD tanya adik FD, ada karaoke ke kat sini? Adik FD kata ada. FD ajak diorang. Tapi ada halangan sat, dalam pukul 2 lebih atau 3 macam tu lah, baru diorang buka arcade. So main kat arcade dulu. Time diorang nak main, buat ayat kesian lagi. FD bagi duit pi beli token (penyayang lagi :p). Time diorang main game kat arcade, punya lah riuh lepas game over. Sebabnya berebut nak jadi 1st dalam race kereta. Choiiii! Ntah pape lah diorang ni tau.


582096_435752809802343_1365474005_n_large
Dah habis main game, FD ajak pi karaoke terus. FD tak nyanyi pun, saje je nak bagi diorang merasa (part ni tak penyayang! ngajo yg bukan-2, ish-2!). FD belanja 2 lagu je, tu pun kelam kabut sebab abah dah nak ambik kitorang balik tadi. Excited juga budak-budak tu karaoke tadi. Tak sangka diorang suka menyanyi, hehe :D
Masa dalam kereta, adik FD ajak karaoke lagi lain kali. Seronok katanya.
Dalam pada dia taknak bagi FD ikut, terus kata seronok. Baru tahu ke keluar dengan kakak ang ni seronok? Muahahaha! xD

FD tak kisah keluarkan duit untuk diorang happy / kenyang sebenarnya :')
Kakak yang penyayang, kan? *tangan dibahu, mata ke atas*

You May Also Like

9 comments

  1. seronok kalau belanja adik beradik dr belanja pakwe..huhuhu.. kalu kerja dulu tiap bulan kalau xbelanja mesti bagi duit kat dorg

    ReplyDelete
  2. FD akk yg cool :) Rindu jugak zman skolah. part2 outing beli brang reramai. tapi klu part kmpul duit msti sume liat =,=

    ReplyDelete
  3. @◕ D Y S H A S A H H I R ◕; hehe FD tak keje, so takboleh nak bagi duit tiap bulan kat family :3

    ReplyDelete
  4. @adibahfaizah; hehe thanks :') err tau takpe. part kutip duit yg payah tu

    ReplyDelete
  5. spend duit utk org yg kita syg mmg rasa b'baloi kan :)

    p/s : penyayang sungguh!

    ReplyDelete
  6. bestnyaa kalau ada kakak macam nii.. hehehe

    ReplyDelete
  7. halahai penyayang nya :'D hahaha sob sobs

    ReplyDelete
  8. HAHA betul lah tu kakak yg penyayang :D Untung Darlina ^^ Ada setengah kakak kedekut dengan adik xD

    ReplyDelete