PLKN part 2

by - December 03, 2011


2 Oktober

Wan and Dee
#budak² kat kem panggil aku 'Dee'
Setiap hari Ahad ada lawatan keluarga and setiap kompeni mesti duty. Masa family aku datang, kompeni Alpha yang duty. Minggu yang seterusnya kompeni Bravo! Teheee :D time duty kena pakai half loreng. Budak² lain pula pakai baju kelas. Aku kena duty kat pendaftaran, hee :D Time duty ni semua okay, cuaca pun okay. Petang tu hujan lebat pula. Dah habis duty, kitorang kena denda. Sebab ada budak yang tak duty. Perghh! Menyirap doe. Sebabkan sorang dua tak keje, habis semua kena denda.


9 Oktober

Hari lawatan keluarga lagi! :D
Kali ni yang datang cuma abah, mak, Darlina and Sarah je. Adik laki aku tak ikut #sikit pun aku tak kisah :) first time mak nak datang sini je dia ikut, lepas tu tak nampak lagi dah. Kali kedua ni aku minta mak bawa nasi minyak dengan ayam masak merah! :D tapi yang mak bawa nasi minyak dengan rendang ayam je. Tak kisah la, asalkan ayam. Ngehehe xD

Meh nak kenalkan kawan² aku kat PLKN, tapi tak semua la ;)

Zaki #penghulu

Zaki tu penghulu kitorang and dia dari kompeni Delta. Zaki penghulu yang gedik, haha. Serious mamat ni gedik doe. Biasa la, anak bongsu la katakan :p

My girls ♥

Geng kelabu asap, kata Mira. Haha! *yang tudung pink tu sesat, HAHA!*
*Angah takde dalam gambar ni sebab dia yang ambik gambar*
Wan Amira(sebelah si tudung pink) budak KL, datang satu bas dengan aku. Aku rapat dengan dia :D otak dia ni jenis gila². Memang satu kepala lah kan. Memang best la kawan dengan dia ni, serious!
Yang teropong dua orang tu asal Melaka. Tudung kelabu love love tu nama Myra Aliah, yang sorang lagi Ieja. Semuanya best, memang ngam ah kawan dengan diorang ni :D
Angah pulak asal JB. Angah tak macam perempuan lain. Dia lasak. Seronok kawan dengan dia. Tak pernah berfikiran negetif ;)

13 Oktober
First time dapat keluar dari kem tu. Berkembang juga otak dapat tengok dunia luar. Tehee :D kitorang pergi Dataran Ayer Keroh. Ada majlis Larian Satu Malaysia kot, nta la. Aku tak bape ingat sangat. Hee :'D ada kem lain juga time tu. Lepas tu nampak satu kem ni sikit gila! Macam satu kompeni je. Seriously sikit! Orang kat situ cakap kem kitorang yang paling ramai and yang paling meriah pasal kitorang semua kelam kabut sikit, selalu buat bising. #sorry, part ni takde gambar :'(


18 Oktober
Latihan menembak! Weeee! Seriously excited gila nak menembak. Senapang tu berat doe =,= aku tembak pun tak kena target. Aku dapat markah 27 je, number fav aku. Habis menembak, aku nangis sebab tak puas hati dengan markah tu. Aku cakap kat Ayah, nak buat lagi. Ayah cakap takbole sebab standard untuk pelatih PLKN cuma banyak tu je yang bole :( #sape Ayah? Ayah tu cikgu kompeni Bravo. ada budak yg bagi panggilan macam tu :') tapi apa pun, Bravo yang menang dalam aktiviti menembak! :D #untuk yg ni pun takde gambar :'(


25 Oktober

Wan Amira, Dee, Myra Aliah, Ieja, Angah

Latihan Navigasi! Latihan ni start pukul 9 pagi. Kitorang masuk hutan, jalan jalan jalan dan jalan. Aku fikir latihan ni kejap je. Sekali tu hamek kau! Kemain lama kitorang berjalan. Sesat punya pasal. Budak mana nta yang pegang kompas. Sebabkan dia la kitorang semua sesat. Tengok kompas tak betul. Grrr! Lepas tu minta tolong orang yang ada kat situ.
Aku pula hampir nak pengsan, cikgu suruh naik motor pegi kat depan sikit. Dah sampai kat depan sikit, tunggu budak² lain pula. Aku nampak Angah. Lepas tu Angah kecoh kata hidung dia keluar darah. Semua pun kelam kabut la cari tisu. Sekali tu bukan darah la, tapi taik hidung. Habis semua gelak²! HAHAHA! Sumpah lawak doe. Angah ni lawak orangnya #rindu dia :'(
Hampir nak keluar hutan, kitorang jalan jalan jalan dan jalan. Akhirnya sampai juga kat kem. Pukul 1 petang sampai kat kem! Korang bayangkan bape jam kitorang berjalan tanpa henti? 4 jam oi! Lama en? Tapi nasib baik aku tak hangin sangat sebab sampai² tu je terus makan tengah hari. Lauk best pula tu, memang aku suka la! Makan nasi tomato dengan ayam masak merah! Ngehehe xD
Lepas makan tu, ada lagi yang tak balik. Wira Delta yang tak balik² lagi. Dengar cerita diorang sesat sampai ke balai Polis kat pekan Jasin kot. Jauh gila tu. Lagi ah kesian kat diorang.


28 Oktober

Kembara halangan ni aku tak join. Cuma beberapa orang je yang join. Yang masuk game ni cuma Bee, Zara, Wan, Ija, Myra, Kecik, Noi, Jia, Kai Wen and sape lagi nta. Aku tak ingat :D


Bravo kaut semua untuk kembara halangan. Wira terbaik dapat kat Bravo. Wirawati terbaik pun dapat kat Bravo. So untuk keseluruhan, BRAVO yang menang! Weee! :D


29 Oktober

Khidmat Komuniti / Perlawanan Bola Tampar
Kali ni dapat keluar lagi! Kira dua kali la dapat keluar. Kali ni buat aktiviti amal sikit. Kitorang pergi bergotong royong kat Bukit Rambai. A few pelatih pula pergi perlawanan bola tampar kat mana nta, aku tak tau pun.
Sampai je kat tempat tu, kitorang tengok orang ramai tengah menari poco poco. Kawan² aku yang lain pun join juga, hihi. Yela, cikgu ada ajar kitorang macam mana nak menari poco poco. Agak comel k walaupun nampak macam gedik. Dah habis layan lagu hape semua, kitorang semua beratur. Cikgu bahagikan kitorang pada 5 kumpulan. Asingkan untuk buat kerja amal disetiap tempat.

Kitorang kena bergotong royong kat rumah amal, Bukit Rambai. Rumah tu dekat dengan masjid. Time nak bersihkan tempat tu, haiyayai! Kotor gila kau! Macam dah bertahun tak guna tempat tu. Tingkap dia berhabuk entah bape cm lah tebalnya. Penuh dengan taik cicak pula tu. PERGH! Nak taknak, kena juga bersihkan tempat tu. Habis bersihkan tempat tu, kitorang lepak kat area situ.

Sekali tu aku nampak budak kembar, aku pun panggil la. Haa, diorang la kembar. Comel en? Hihi! Budak tu mesra. Dia punya ketawa pun comel. Tehee :') rindu pula nak jumpa budak² tu :D


Tunggu part 3 pula :D


You May Also Like

7 comments

  1. sm tak merasa kena PLKN. nampak macam best jew..teringin gak nak masuk..tak dew rezeki..

    ReplyDelete
  2. Best nya.. sy tk pernah terpilih masuk PLKN.. huhu

    ReplyDelete
  3. huhuhuh..
    sepanjang berada di kem, Fiq tak pernah Duty malam sbb ada asma...
    lg 1, kembara halangna yg part tembok last tu paling best..
    semua gigih nk angkat Fiq bg lepas..hahahaaha :)

    ReplyDelete
  4. @Cikgu Fikri; best ah tak duty malam, dapat tido nyenyak. hehe :D hoho kemain semangat ek siap angkat. haha

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak dapat pengecualian untuk kembara halangan? Hehehehe~ XP

    ReplyDelete