PLKN part 1

by - November 08, 2011


11 September 2011





#time ni dah gerak dah :'(

Masa nak cari bangunan Zetro ni, kemain payah. Dah jumpa bangunan, tak jumpa gate besar pula. Haiyaa! Nasib baik sempat daftar kat situ. Time tu memang aku macam sombong nak mampus. Pandang orang pun senyum macam nak taknak je. Peduli hape aku. Bertolak ke Melaka dalam pukul 9.30 pagi. Dalam bas pun tak bertegur sangat dengan budak². Nak hilangkan rasa bosan, aku text mak, adik dengan bf aku.




Dalam pukul 12 lebih, dah sampai Kem Lagenda Gunung Ledang. Hi Melaka! :D sampai sana, kena daftar lagi. Aku masuk kompeni BRAVO! Weeee! Masa nak daftar kat dewan makan, ada sorang perempuan ni tegur aku. Dia cakap macam pernah nampak aku. Alaa, biasa la manusia kat bumi ni banyak yg serupa. Okay, tukar topik. Dah daftar hape semua, terus masuk dorm. First aku tegur, Jothi. Aku tanya dia nak tengok number katil kat mana. Hihi! Nasib baik Jothi tolong tunjukkan. Sebelah kanan katil aku ada orang, aku pun tegur la. Nama dia Ieka, dari JB and dia datang 10 September. Sebelah kiri takde orang lagi, maybe esok tu baru dia masuk and harap² orang Melayu la. Lepas letak barang² kat dorm, terus pergi logistik. Ambil barang² keperluan.

Kat dorm aku jadi batu kejap. Hahaa! Tak tau nak tegur sape. Aku memang pendiam and tak reti nak berkomunikasi dengan orang. Petang tu ada juga aku tegur Azah, dia dari Melaka. Malam pula baru aku bertegur dengan Bie and Wan. Dua² asal dari KL. Dalam dorm baru bertegur, kat bas tak bertegur pun. Tak perasan kot xD #padahal aku sombong nak mampus, taknak tegur orang.


12 September
Budak² dari Johor datang kem.Sebelah aku budak Cina. Putih melepak kau! Lepas tu ada lagi 5 orang Melayu kot. Anis, Noi, Angah and Ain. Dalam ramai² tu, aku lebih selesa dengan Angah. Seriously dia best! Brutal habis tapi dalam lembut. Tehee :D dak Ain pula senyap je orangnya. Malam pula hafal lagu PLKN.



Mula² tu memang susah aku nak hafal lirik lagu PLKN ni. Ambil masa juga kot. Ada la dalam 2 3 minggu. Kemain susah lagi aku nak hafal. Kawan aku yang lain ada yang boleh hafal lagu tu. Btw rentak lagu PLKN ni best la. Bunyi dia macam enjoy sikit.


20 September

Tu dia bendera Kompeni Bravo, Lagenda Gunung Ledang Asahan, kumpulan 3 siri 8/11. Hasil dari KKJ. KKJ tu Kontrak Kita Janji. Time nak buat KKJ ni, kemain payah lagi. Aku dengan Angah dapat tugas buat part apa nta, aku tak ingat :'D yang satu kumpulan dengan aku tu jenis masuk air, set² kuat menganjing. Actually semua budak kat kem tu kuat menganjing. Tu semua salah cikgu. Cikgu yang mengajar untuk menganjing orang. #tak pasal² cikgu yang kena. HAHA! Oh yea! Dalam KKJ ni ada buat lagu juga untuk kompeni Bravo. Meh aku share lirik lagu tu.

Lagu Kompeni Bravo
Bravo terus berdiri,
tiada lagi takut atau gentar.
Bila Bravo turun padang,
jangan pandang², jangan pula tunjuk belang.
Walaupun kena bahan,
kami tak kan heran,
walau hati baran.
Semangat tak kan padam,
musuh jangan geram.

Pendek je en lagu tu. Lagu tu budak wira yang buat. Wirawati cuma tolong warnakan bendera Bravo and bagi idea untuk point² yang lain.
Masa untuk persembahan KKJ, memang hancur lebur! :'(


25 September

Hari lawatan keluarga! Yeppie! :D
Time ni tak bape kecoh sangat sebab budak² kat dorm taknak turun =,= yang turun cuma Angah je. Yang budak wira pula sikit je yang datang but atleast ada la juga en daripada takde langsung. First lawatan keluarga ni aku minta mak aku masak nasi ayam. Tehee :D lagi satu aku suruh mak bawa barang keperluan aku termasuk la DOMO kun! Takbole tidur doe kalau DOMO takde :'(


Tengok ayam tu. PERGH! :D


Sarah pun macam tak sabar nak makan, hihi :D


4 wira, 2 wirawati termasuk aku. Ngehee :D


Family nak balik dah, peluk peluk peluk! :D


Tu je yang aku ingat untuk bulan September. Lepas ni aku update untuk bulan Oktober pula ea. Taknak tau, tak payah tengok blog aku ni. Okay? ;)

You May Also Like

18 comments

  1. Sis diana, nampak byk best je PLKN ni. Hehehe. Tak sabar nak tunggu next entry.

    #takut nak pegi PLKN

    ReplyDelete
  2. Efa dapat PLKN ke? Seriously best. Banyak benda sis nak cerita actually :D

    ReplyDelete
  3. Aaah dapat. Panggilan first pulak tu.
    :D

    ReplyDelete
  4. wah selamat kembali diana..hehehe..serius rindu oooo..

    ReplyDelete
  5. SM : Teheee :D rindu SM dgn blogger yg lain juga :D

    ReplyDelete
  6. 2/1 ni. Takut plus tak sabar kot :D

    ReplyDelete
  7. Wah! Lepas new year. Dapat kat mana?

    ReplyDelete
  8. Dekat melaka. Alor Gajah.
    Sis dpt melaka jgak an?

    ReplyDelete
  9. Yup. Sis dapat kat Gunung Ledang Asahan :D jgn risau la ea. Serious best oh

    ReplyDelete
  10. oh dpt kt ledang? siyes situ best. mcm tmpt ila dulu, ila dpt yg dah uzur. byk aktiviti xdpt buat. sakit hati. last2 tmpt tu tutup. dush2 kt pngurus die sbb x jage. slmt berkhidmat, diana ! :D

    ReplyDelete
  11. Ila : hihi, memang best! :D rugi la kalau dpt tempat yg tak byk function

    ReplyDelete
  12. Nice blog that you have and good writing, continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean clothing online / korean fashion online. have a nice day...

    ReplyDelete
  13. Thank you. Will visit your site :)

    ReplyDelete
  14. hahahhaaha..
    masa mula2 mmg segan..
    ingt lg, chinese yg tegur fiq tu..
    tetiba dia boleh citer masalah dia n nangis sebelah Fiq..haha..

    ReplyDelete
  15. @Cikgu Fikri; haa, tu memang kekok ah. dah ah tak kenal, patu nak mengadu bagai. hahaa

    ReplyDelete